Tahniah Mohd Shahrizal Hadziri…
Anda sekarang sudah menjadi Graduan Universiti Industri
Selangor
Dan anda sudah mempunyai segulung Diploma !!!
Semoga anda berjaya mendapat pekerjaan yang diidam idamkan…
Stop ayat skema nie…sekarang mula menulis dengan ayat yang
santai saje…
14 oktober 2012 tadi si chinta ati dah grad..
Alhamdulillah…dapat gak aku amik cuti nak tengok sidia konvo.. banyak betol
halangan aku nak pergi tengok die konvo dan akhirnya dimana ada kemahuan disitu
ada jalan..cewaaahhhh…sebenarnya aku dah lama tak pergi unisel..hari tu dapat
gak la aku pergi and berjumpa kawan2 lama…serius rindu suasana study kat
sana..rindu kawan2, rindu library, rindu dewan biru, rinda pusat pelajar,rindu
hostel and rindu suasana lepak kat tasik unisel…semua yelah aku rindu yang ada
kat unisel nie..
Nasib baik masa sidia konvo cuaca ok tapi time nak balik
jelah hujan renyai2 dah..alhamdulillah happy dapat tengok sidia dah konvo pastu
tengok family si chinta ati semua datang tengok die konvo..kalau aku tak extend
study mesti aku pun konvo sama sekali dengan die..tapi lau aku tak extend aku
mesti tak kenal dengan dia..ada hikmh semua yang berlaku..ehhh..nak tahu tak
masa befday aku dia bagi aku bunga kan and time die konvo lak aku bagi die
bunga…sweeeettttttttttttt tak..bukan bunga je aku bagi tapi aku bagi sekali
dengan coklat yang aku buat..hehehe (sayaseorangyangsangat romantik)hahaha…suka
sangat kan aku puji diri sendiri..abaikan saje pujian aku tu..heeee…macam
kebetulan pulak befday aku dekat dengan die punye tarikh konvo..jadi adil
masing2 dapat bunga.. heee
Dua bulan perhubungan kami nie..banyak kenangan kami
bersama..ada suka ada duka..banyak yang kenangan manis kami bersama…
Alhamdulillah makin hari perasaan aku pada sidia semakin mendalam… semoga
hubungan kami nie kekal sampai bila2..and aku harap kami berdua kuat jaga
hubungan die..pada awak Mohd Shahrizal…hny sayang b…sayang sangat…tahniah lagi
sekali b..ILOVEYOU…..
family Shahrizal