Khamis, 4 Ogos 2011

Keistimewaan bulan ramadhan


1. Bulan Agung yang penuh dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah (puasa,terawih,sedekah dan sebagainya).

2. Bulan keampunan,rahmat,keberkatan dan janji perlepasan dari api neraka.

3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat,taubat,doa dan sebagainya serta dapat memupuk sifat-sifat mahmudah.

4. Bulan Lailatul Qadar,malam yang lebih baik daripada seribu malam.

5. Bulan Al-Quran  mula diturunkan.

6. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu

8. Bulan pahala setiap ibadah dilipatgandakan.

9. Bulan untuk bersedekah yang paling afdal atau utama.

Lima tanda orang yang diterima solatnya


Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama.Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya.Namun jika solat kita jelek,maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani.

Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir,apakah solat kita diterima di sisi -Nya ? Dan seperti apa tanda -tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.

Pertama
Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap.
Kerana itu,sebelum solat,yang harus ditata terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon. Bila dahan ye rindang,burung-burung pun senang  hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain didalamnya.

Kedua
Orang yang tidak menyombongkan diri kepada makhluk ALLAH. Rasa tawadhu' dengan sendirinya menghilangkan sikap angkuh dan sombong kepada sesama makhluk. Kekuasaan yang ada di genggamannya tidak menyebabkan dirinya lupa daratan lalu  berbuat sewenang-wenang kerana ianya sedar bahawa kekuasaan adalah amanat ALLAH.
Orang yang diterima solatnya adalah orang yang tidak menyombongkan dirinya kepada siapa pun.Meskipun ia kaya,pandai dan berkuasa.

Ketiga
orang yang tidak mengulangi  maksiat kepada ALLAH. Dalam hidup,sekali kita pernah terjebak dalam kubangan dosa. Mungkin dulu ada diantara kita pernah menipu ataupun mencuri.Kenanglah perbuatan masa lalu sebelum solat. Lalu lakukan solat dengan hati taubat dan siap menghadap kepada-Nya.
Menangis dan mengemislah kepada ALLAH memohon keampunan terhadap gulungan ombak dosa seraya berucap "astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah" usai solat, dan jangan ulangi maksiat yang  pernah dilakukan.

Keempat
Orang yang mengisi sebahagian siangnya dengan berzikir kepada ALLAH. Waktu bagi orang mukmim,amatlah berharga. Sebahagian dari detik-detiknya ia lakukan dengan bersujud kepada ALLAH SWT.

Kelima
orang yang menyanyangi orang miskin,orang yang dalam perjalanan,isteri yang ditinggalkan suami dan mengasihi orang yang menerima musibah. Solat yang dilakukan berbekas dalam kehidupan manusia yang berkasih sayang antara satu sama lain.

Bila kelima ciri  orang yang diterima solatnya ini telah dipenuhi, Maka kata ALLAH :

"Cahayanya bagaikan cahaya matahari. Aku lindunginya dengan kekuasaan-Ku. Aku perintahkan malaikat menjaganya. Aku jadikan cahaya dalam kegelapannya. Aku berikan ilmu terhadap ketidaktahuannya.Perumpamaannya dibandingkan dengan makhluk -Ku yang lain adalah seperti  perumpamaan Firdaus di syurga."

Rabu, 3 Ogos 2011

Rahsia ciuman suami


Assalamualaikum

Tajuk entry kali ini khas ditujukan kepada pasangan yang sudah berkahwin...pada yang belum berkahwin pun boleh jugak kalau nak baca sebab ini semua adalah ilmu..haha...ilmu ke...NO KOMEN...ilmu la sebab semua orang akan berkahwin..termasuk aku pun akan kahwin jugak...haha..tak sabar gilew nak kahwin dengan abg doktor..awww...gatal sangat kau sue...doktor la sangat...Rahsia Ciuman Suami...tajuk yang menarik kan..hehe..aku dapat tajuk nie pun pas aku terbaca kat satu laman web nie...macm menarik kalau aku kongsi kat blog aku...bukan bermakna aku nie nak gatal berkahwin ye cuma aku nak berkongsi  jew...:)

Suka cium dahi isteri  = Suami yang romantis

Suka cium pipi isteri  = Suami yang penyayang

Suka cium  mulut isteri  = Suami yang gelojoh

Suka cium tengkuk isteri  = Suami yang mata keranjang

Suka cium telinga isteri  = Suami yang sensitive

Suka cium leher isteri  = Suami yang  penyabar

Suka cium tangan isteri  = Suami yang hipokrit

Suka cium ketiak isteri  = Suami yang menerima isteri seadanya

Suka cium kaki isteri  = Suami yang menghormati isterinya

Tidak suka cium anggota badan isteri  =  Suami yang mementingkan diri sendiri




Sabtu, 23 Julai 2011

biliku syurgaku


sejak dua menjak nie
aku dah makin jarang nak tengok tv
lagi2 nak tengok astro kat ruang tamu rumah aku
sekarang aku lebih banyak luangkan masa duk kat bilik aku je
ntah la nape sekarang aku xda mood nak tgk tv dengan family
kalau dulu aku asyik berebut je remote control dengan abang aku
sekarang kalau nak tengok tv pun kat dalam bilik aku jelah
rancangan yang aku tengok pun citer MARIMAR n SIJUNDAI
itupun da abis da..pasnie tak tae la nak watpe kat umah
sangat bosan duk kat umah nie..
tak sabar nak sambung study

aku baru pas kemas bilik tido aku
meh kite tengok
kemas tak bilik tido aku


kemas tak


walaupun da besar bear tetap ada


nie la meja tempat aku on9 24 jam..:)


nie bground bilik aku
sweet kan..

ok da ngantuk..
bye2


Khamis, 21 Julai 2011

kurus


Boleh tak aku nak kurus macam nie


pic nie time aku form 6
tahun 2008
tengok kurus kan aku time nie
berbanding sekarang aku da gemok
rindu time badan kurus