Ahad, 26 Ogos 2012

luahan isi hati



Assalamualaikum

Selamat hari raya aidifitri….

“kita akan berjumpa dengan orang yang salah sebelum kite berjumpa dengan orang yang betul”
….korang pernah dengar ayat ni tak…mesti pernah kan..ayat nie macam tunggang terbalik sikit tapi aku rasa korang leh faham kan…..
Mesti korang tertanya2 kenapa aku buat ayat nie…hehehe..saje je aku nak buat…xde lah…hari nie aku nak luahkan perasaan aku..raya tahun nie rasa ye raya yang paling aku tak boleh lupa..sebab apa..sebab tahun nie aku dah kenalkan incik shahrizal kat mak aku..alhamdulillah…mak dah restu…mula2 kenalkan rasa malu sangat..tapi aku bersyukur sebab family semua restu…terima kasih YAALLAH sebab bagi kebahagiaan kepada saya…

 #  Aku bukan seorang wanita yang sempurna tapi aku akan cuba jadi wanita yang sempurna…
 # Aku bukan seorang wanita yang lemah lembut tapi aku akan cuba jadi wanita yang lemah lembut untuk awak
 # Aku bukan wanita yang pandai amik hati tapi saya akan cube belajar untuk menjaga hati awak


Awak…sebenarnya saya tak sangka hubungan kita sampai macam ni kan..dulu kita kawan je…tak sangka saya jatuh hati kat awak. saya sayang awak..awak selalu ada bila saya dalam kesusahan..saya nak mintak maaf kat awak sebab selalu terkasar ngan awak..sory saya tak sengaja…
Awak …saya harap hubungan kita kekal..saya cuba jadi yang terbaik untuk awak…saya cuba jadi pendengar terbaik untuk awak..saya akan ada disisi awak susah dan senang…saya akan ada disisi awak dikala jatuh dan bangun awak..selagi awak percaya kan saya dan sygkan saya…saya xkan kecewakan awak…saya akan cuba bahagiakan awak dan menceriakan hari2 awak…SAYA SAYANG AWAK MOHD SHAHRIZAL HADZIRI



Jumaat, 17 Ogos 2012

imy ayah and akak

nak dekat raya mesti ingat kat arwah ayah and akak.

ayah..adik rindu sangat dengan ayah and kakak...

Ahad, 12 Ogos 2012

my soulmate (tajuk xde kena mengena dgn entry aku buat nie)




Aku tak tahu la nak tulis ape untuk entry ni..kali ni aku nak tulis ayat jiwang la. Walaweh memang taklah suhaina nak tulis ayat jiwang. Mesti korang perasan kan sejak dua menjak ni aku sangat rajin update blog kan.. ye..aku akan tulis blog bila hati aku tengah happy and bahagia..Ok la..entry nie aku tulis sebenar ye nak cite pasal sorang budak nie..dia asik tanya bila la nak letak pic dia kat blog aku nie..bila la aku nak citer pasal dia and letak nama die kat blog aku ni..alahai…bukan ye taknak letak and mention nama dia kat blog aku nie..tapi aku segan la. Waaahhhhhhhhhhhhh tibe2 aku jadi segan la pulak..ape kes…mesti la segan..dalam hati dah ada taman bunga..

Sebenarnya aku tak sangka aku boleh jatuh cinta lagi kat orang. Dulu aku penah cerita kan yang aku pernah dilukai sampai aku tak percaya pada laki.  Bukan x percaya la pada laki Cuma hati aku rasa susah nak suka kat laki.  Hati aku rasa macam dah keras sangat dengan laki. Memang ramai nak kenal tapi semua aku rasa tak serasi. Setiap kali aku kenal dengan lelaki aku mesti ingat kisah aku dulu., sekali aku pernah kena tipu dengan laki sampai sekarang aku rasa benci sangat dengan laki..sampai la aku kenal seseorang ini. Aku tak tahu nak cakap macam mane, sejak aku kenal dia, aku rasa lain sangat. Serius aku tak pernah rasa macam nie. Dengan yang dulu pun aku tak pernah rasa bahagia nie. Sejak kenal die rasa hidup aku bahagia sangat. Sejak kenal dia.aku tiba tiba rajin nak belajar masak. Rasa happy bila bagi die rasa masakan aku and die kata sedap. Perasaan gembira tu takleh nak digambarkan dengan kata-kata. Dengan dia aku jadi diri aku sendiri. Gelak suka hati xpayah nak cover. Dia selalu buat aku terharu. Walaupun benda tu tak besar mane pun aku terharu sangat. Dengan die semua benda aku excited. Nak pergi kenduri baju sama-sama. Semua benda nak sama.

Kepada awak MOHD SHAHRIZAL HADZIRI

*awak dah berjaya bukak hati saya yang keras nie..walaupun dulu saya selalu cakap saya tak mungkin suka awak dan takkan suka awak. tapi hati saya yang keras nie dah berjaya awak cairkan. Banyak dah awak buat tuk saya kan. Awak selalu ada time saya sedih. Awak selalu gembirakan saya. Saya tak tahu nak luahkan macam mane lagi. Banyak benda saya nak cakap kat awak tapi saya susah nk luahkan..awak boleh rasa kan apa yang saya rasa. Serius saya cakap..saya bersyukur sangat dapat kenal awak

*awak nak tahu kan sejak bila saya suka awak. sebenar saya tak pasti sejak bila perasaan nie timbul. Tapi yang saya pasti saya suka awak sejak awak teman saya pergi layat arwah ayah kawan saya meninggal. Time tu saya dah rasa lain sangat. Yelah time tu kte baru kenal and rapat awak dah sudi temankan saya. Time tu perasaan terharu saya tak boleh nak digambarkan  dengan kata-kata.

*yang buat saya makin suka awak lagi sejak awak sanggup kenal dengan kawan-kawan saya. Awak tahu kan saya pentingkan kawan-kawan saya, saya rasa bahagia bila dapat kenalkan kawan-kawan saya dengan awak. saya pun tak tahu kenapa.

* perasaan saya paling kuat suka awak bila saya tengok awak rapat dengan mak awak. tengok cara awak layan mak awak. susah nak cari lelaki yang rapat dengan mak and selalu kuar jalan-jalan dengan mak. saya Nampak yang awak ni seorang yang penyayang. Saya tak cari lelaki yang sempurna. Saya nak lelaki yang boleh bahagiakan saya dan jaga saya macam mane dia jaga mak dia sendiri. Saya xnk cari laki yang kaya dengan wang ringgit. Saya nak cari lelaki yang kaya dengan kasih sayang. Saya tak pandang paras rupa. Saya Cuma pandang hati. Saya sayang awak..awak selalu cakap saya selalu elak nak ckap pasal benda nie kan.. saya bukan elak..saya Cuma takut je..saya xnak benda lama jadi balik kat saya..secara jujur saya sygkan awak lebih dari saya sygkan kekasih saya dlu. Saya xpernah sygkan orang macam nie..awk la sorang yang saya selalu cerita kat fmily saya..awak sorang je yg saya berani kenalkan awak kat family saya,. Perasaan sayang tak perlu diluahkan melalui kata2..yang penting kita dapat rasa sendiri kan..saya tak harapkan apa-apa..ajal maut semua ditangan tuhan kan..biar masa yang menentukan segalanya. Kalau jodoh kita kuat adalah kan..macam awak cakap..biar hati kita yang setia.,,




psttt...shahrizal hadziri..ni ha..saya dah tulis dah citer pasal awak nie..siap letak nama penuh and pic lagi..heheheee..pasni takyah merungut ye saya x letak nama and pic..dah letak besar2 dah pun...

Sabtu, 11 Ogos 2012

♥ ♥ ♥



Sejak aku dah mula pandai jatuh cinta nie, asik rasa rindu je..heyyy suhaina !!! sejak bila ko pandai rindu-rinduan ni. Sejak bila pulak ko pandai jiwang-jiwang karat ni. Jangan jadi aneh-aneh la suhaina oi..sampai ramai gak mambe2 bbm text aku tanya..eh su..ko sihat ke.sejak bile pndai bercinta cintun nie…
                                                                      ]
                                                                      ]
                                                                      ]
Eeeeee tambiiiiii…..suka hati aku la nak jiwang ke..nak bercinta cintun ke..ape korang susah..hahahaah. setiap orang boleh berubah kan. Dulu aku keras hati, sekarang aku dah lembut hati..hahahah..tapi kan kadang-kadang aku pun pelik gak dengan diri aku nie..sekarang ni aku rasa lain sangat sejak kenal sidia tu. Sejak kenal dia, aku rasa happy sangat. Alhamdulillah.aku bersyukur sebab kenal sidia..dan aku lebih bersyukur sebab ada BFF yang baik macam FNA NINI and EIKA SADARI and HAFIZ ZAIN. Sebab korang aku dapat kenal sidia.. Terima Kasih BFF…luv u all…pada sidia RSS…wink2

Khamis, 9 Ogos 2012

imy

I

M
I
S
S

Y
O
U


i-m-i-s-s-y-o-u-k-e-t-a-t-k-e-t-a-t






Selasa, 7 Ogos 2012

i luv u

saya susah nak luahkan perasaan
jadi saya luahkan kat blog saya jelah erk

awak selalu saya tanya depan2 kan..
and tiap kali awak tanya saya mesti mengelak.
saya malu nak cakap...haahha

ye saya suhaina suka awak..suka sangat2...(malu)

pstttt : kalau awak baca.. bbm saya cepat ye incik tunang

Isnin, 6 Ogos 2012

khas untuk sidia

susah kan kita nak luahkan perasaan..
dah luah rasa malu and sebak pulak..
jujur...saya terharu dengan apa yang awak dah buat untuk saya..
walaupun saya tak tunjuk awak boleh nampak kan dari gerak geri saya..

terima kasih sebab sudi jadi pendengar terbaik saya
terima kasih sebab sudi jadi teman terbaik saya
terima kasih sebab selalu buat saya ceria.

insyaallah...kalau ada jodoh kita..saya akan tunaikan janji saya kat awak..
kita kena berusaha untuk jadi yang terbaik antara satu sama lain..
kita kena sama-sama dapat restu keluarga dulu..
RSS awak...

Khamis, 2 Ogos 2012

biar masa yang menentukan segalanya


Assalamualaikum
Salam ramadhan untuk semua. Rasanya tak terlewat untuk aku ucap selamat berpuasa pada korang semua kan.hehe..alhamdulillah,sekarang dah masuk 13 ramadhan.pejam celik pejam celik  tak sampai 3 minggu kita semua akan menyambut hari raya. Yehaaaa….tak sabar pulak nak raya kan.hehe..macam mane dengan terawih korang semua.ada buat x..heehee..tahun ni aku hanya berkesempatan buat terawih kat rumah.itu pun 2 kali.heeeeeee jadi la kan dari aku takde buat langsung.betol x?

Heeee…eh jap nak tanya..macam mane dengan persiapan raya korang..semua dah ready ke?baju raya dah beli ke?kaler ape tahun nie?kuih raya tempah ke or buat sendiri?ehhh..banyak lak kan aku tanya kan..hahaah..peduli pe aku..aku punya suka la nak tanya kan..blog aku jadi suka hati mak tiri aku la nak taip ape.ye tak?hahaha…ok tahun ni raya aku rasa macam terlebih excited pulak…sebab apa?korang tahu x sebab apa aku terlebih excited nie?heeee..mane leh bagitahu..rahsia Negara nie..kuikuikui..tahun nie aku cadang tema aku nak cari baju grey..tapi sampai sekarang tak jumpe lagi baju light grey..harap1 dapat la cari.kalau tak macam tak best je aku raya..hmmmmmmm.

Eh aku rasa kan aku ni dah merapu panjang sangat ni.sebenar ye entry ni bukan aku nak citer pasal puasa ataupun raya.heeee….entry ni aku nak citer pasal something yang sangat special bagi aku. Ok, aku sebenarnya pun tak tahu nak start dari mana mukadimah cerita aku ni. Serius rasa kosong lak nak wat entry ni padahal nak citer panjang tapi bila dah nak menaip otak jadi KOSONG dah macam lagu najwa latif la pulak. Kosong. Kosong .kosong.ahaks..

Aku mula start cerita dari sini…korang penah tak alami satu perasaan yang korang takleh nak ungkap melalui kata-kata. Contoh..korang rasa bahagia yang teramat sangat sampai tak terluah dari mulut and korang tak dapat nak gambarkan perasaan gembira korang tu..adeh..camne erk aku nak explain..haha..susah la pulak…ok la..aku citer dari mula…aku ada kenal someone nie..mula kami kenal biasa-biasa aje..takde yang best pun kami kenal nie..dari kawan yang biasa-biasa aja..sembang pun melalui MUKABUKA je..takde masa eh nak mintak ni telefon bagai. Ntah macam mana pas kami pergi bercuti kat satu tempat..hubungan kitorang jadi makin rapat..tapi jangan salah faham la..rapat sebagai kawan baik je and tak lebih dari tu. Mana-mana kami pergi mesti berdua.selalu kongsi masalah sama-sama..semua ye sama-sama. Aku beruntung sangat dapat kenal die ni sebab apa..dalam hidup aku ni, aku tak pernah jumpa orang yang banyak giler persamaan dengan aku. Sampai ada satu tahap aku dah boleh paham die macam dah kenal bertahun-tahun. Die pun boleh paham isi hati aku tanpa aku cakap pun.bagi aku itu sangat AMAZING..sebab apa..aku tak tahu nk ungkapkan dengan kata-kata yang macam mana.

Korang semua nak tahu tak..kami selalu fikir and cakap benda yang sama dalam satu masa. Kadang- kadang aku rasa pelik sangat..kenapa banyak sangat persamaan kami ni. JODOH ke..entahlah..aku tak berani nak cakap lebih..sebab ini semua kerja ALLAH. Aku tak berani berharap untuk satu benda tak pasti. Benda paling yang kelakar ye ramai dah salah paham dengan perhubungan kami  nie…bukan orang je yang salah faham kadang-kadang kami sendiri pun boleh salah faham tentang perhubungan kami ni. Kadang-kadang kami nie dah macam adik beradik. Kadang-kadang pulak dah macam kawan baik yang dah kenal dari kecik and kadang-kadang jugak dah macam pakwe makwe pun ada..yes  hubungan kami memang mesra and rapat..aku harap sangat kami dapat kekalkan persahabatan kami ni..sebab apa..sebab aku sayang sangat dengan persahabatan yang kami jalinkan ni.

Pernah gak timbul satu isu nie..ramai kawan-kawan aku tanya..korang ni bukan kawan baik kan..korang bercinta kan..eh…tak la wei..serius aku dengan dia hanya kawan baik aje…dah berjuta kali aku nafikan tetap gak dorang tak percaya..dorang semua siapkan keluarkan teori- teori yang mengatakan cara kami ni sebijik macam orang bercinta..entah la..susah nak tutup mulut orang kan..Cuma aku harap doa semua untuk perhubungan kami ni. Ada gak orang cakap perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan baik sebab nanti akan timbul perasaan lain. Kalau dulu aku memang bangkang betol orang cakap macam nie tapi sekarang aku rasa macam betol gak ape yang orang cakap nie..hahaha..entah la..aku tak harap yang lebih2 pun..aku Cuma berharap satu masa nanti. Aku nak perhubungan aku direstui oleh semua orang..mesti best kan…kalo satu perhubungan tu direstui oleh semua orang termasuk family and kawan-kawan semua. Aku berpegang pada satu ayat ni “kalau ada jodoh tak kemana “. Aku percaya pada takdir ALLAH. Biar masa yang menentukan segalanya..ye aku mengaku aku sayang dia..dan dia jugak ada rasa yang sama macam aku.Cuma kami tak berharap yang lebih2 untuk satu perhubungan sebab kami dah selesa menjadi kawan BAIK…kalau ada jodoh ada la kan…hehehhe…

Pada Sidia – ingat perkataan RSS ok..hehe