Selasa, 28 Jun 2011

mood : rajin


Hari nie mood aku rajin nak 
ubah suai bilik tido aku
sebab aku tengok bilik aku da serabut 
sangat dengan tilam,selimut n bantal 
yang  tak terurus da macam sarang tikus je
tetiba rindu kat bilik aku masa study kat unisel

nie pic bilik aku masa sem 1
macam budak-budak
   kemas tak..kemas tak..
haha...abaikan la bju singlet
yg de kat atas katil k
nie bilik aku mase sem 3
mase sem 3 aku da mula nampk kematangan
hehe...cute tak bear aku..cute tak
hehe,..

Isnin, 27 Jun 2011

beza cinta dan suka

korang semua penah tak rasa keliru 
dengan perasaan cinta dan suka
sebenar ye perasaan suka dan cinta berbeza taw
meh cini aku tunjukkan kat korang perbezaan rasa
cinta dan suka kat seseorang

Pertama
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang.
Di hadapan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira.
Kedua
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka,
musim itu hanya berangin sahaja.

Ketiga
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita merenung mata orang yang kita suka,
kita aku tersenyum

Keempat
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata-kata

Kelima
Di hadapan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu.
Di hadapan orang yang kita suka
kita akan tunjukkan imej kite sebenar

Keenam
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Ketujuh
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita juga akan turut menangis
Tapi jika orang yang kita suka menangis,
kita  akan membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi kalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
umpama kita membuang telinga kita sendiri
tapi jika kita menutup mata
cinta berbuah menjadi air mata

Bagi aku semua orang penah mengalami  ini
dalam kehidupan korang kan
macam aku pun sebenar ye keliru dengan perasaan cinta dan suka
sampai aku pun pernah membuat kesalahan memilih pasangan
cuma sekarang kita fikir la sapa yang kita cinta sebenarnya
Tapi apa yang pasti
Cinta kepada ALLAH adaklah cinta yang HAKIKI & ABADI




Ahad, 26 Jun 2011

eh..bukan la....tak sama taw


Assalamualaikum
apa khabar?
awak marsha ke?
eh...bukan
saya SUHAINA la
awak silap orang nie..

psst...saya bukan artis 
dan jauh sekali la muka saya macam
MARSHA MILAH LONDOH
sape tu..ala dak af3 tu

Ramai orang cakap muka aku ade iras-iras
marsha af3 tu..tang mana aku pun tak taw
maybe tang bibir kot
anak-anak buah and mambe-mambe selalu cakap
kalau ko senyum sama macam marsha la
lagi-lagi kalo tak bertudung
hehe..kadang-kadang terbit rase riak kot
yelah orang cakap muka aku  macam artis
sape tak bangga kan
aku teringat dulu zaman f5 kalo pergi sekolah
lalu kat kawasan sekolah mesti orang cakap
marsha la..marsha la...jadi hot sekejap taw
sekarang lak ada orang cakap muka aku
ada iras-iras LIYANA JASMAY la pulak
macam-macam la dorang nie kan
aku rasa mata dorang semua rabun kot
yelah siapa la aku nak dibandingkan dengan
MARSHA & LIYANA JASMAY kan
dorang berdua tu cantik..hot & paling penting dorang artis
aku nie hanyalah insan biasa
hehe...aku da puas tilik muka aku kat cermin
dan aku rasa muka aku xde persamaan langsung
dengan MARSHA and LIYANA
TIADA PERSAMAAN LANGSUNG TAW
nak bukti ke?????
meh sini aku tunjuk pic aku dengan dorang
try bandingkan
mesti tak sama k


korang tengok la..tengok la
tak sama kan..tak sama kan
kan aku da cakap tak sama
lepas nie aku harap takde lagi yang cakap 
muka aku sama dengan dorang
peace...:)
senyum sokmo




aku benciiiiiiiiii lelaki


Aku sangat benci lelaki yang :-

* suka col & mesej aku hari-hari -saya rimas/bosan

* romantik & jiwang terlampau

* bajet macho

*selalu kongkong hidup aku

*selalu tanya benda yang sama

*over dalam perhubungan

TERIMA KASIH

Sabtu, 25 Jun 2011

pelamin pertunangan yang mana cantik


Assalamualaikum
sekarang aku dalam dilema
aku tak tahu nak pilih yang mana satu
korang rasa-rasa yang mana  cantik untuk 
dijadikan mini pelamin untuk bertunang
aku ada beberapa pilihan yang cantik
tapi aku tak tahu nak pilih yang mana
 ini antara pilihan-pilihan ye






yang mana 1 ye nak pilih

Maharajalawak...JOZAN tetap dihatiku ♥

Rasa- rasanya semua orang da taw kan
siapa yang jadi jauara dalam rancangan realiti tv
yang mendapat sambutan dinegara kita sekarang nie kan
korang semua mesti taw kan..kan..kan
rancangan apa yang aku maksudkan nie???
ok la rancangan yang aku maksudkan rancangan MAHARAJALAWAK
malam tadi MAHARAJALAWAK
sudah melabuhkahkan tirai ye dimana pada persembahan final
malam tadi rancangan ini dimenangi oleh kumpulan SEPAH
walaupun aku agak terkilan JOZAN kalah
dan dapat naib juara je tapi
kemenangan SEPAH tak boleh nak dipertikaikan lagi
coz SEPAH memang wat lawak yang sangat 
konsisten pada setiap minggu..yang paling aku ingat
lawak SEPAH time dorang wat lawak pasal REWANG
memang lawak gila la dan malam tadi pun SEPAH 
membuat kejutan menjemput DAFI datang
haha..."SAYANG..ABANG DATANG SAYANG"
korang ingat tak..ingat tak dialog nie

haha..dan korang mesti paling ingat
"manisnya kurma ini...semput...semput"
malam tadi pun persembahan JOZAN part 2 paling best
dan paling mendapat pujian dari pihak juri
tapi part 1 JOZAN 
biasa-biasa aje la tu yang wat spoil tu
watak MAIL LAMBUNG & ACAI
memang sangat dinanti-nantikan
oleh semua orang dalam persembahan JOZAN NIE
nama MAIL LAMBUNG & ACAI
memang da serasi dengan ZIZAN & JOHAN
dan paling penting lagu "AWAN NANO"
NANO...NANO..NANO...NANO..NANO
huhu...lawak-lawak
temapt ketiga dimenangi oleh NABIL
secara jujur aku memang tak minat NABIL
and lawak-lawak dia biasa je bagi aku
JAMBU pulak mendapat tempat keempat
secara jujur aku puas hati la dengan persembahan 
finalis-finalis MAHARAJALAWAK nie
berbaloi-baloi siapa yang tengok
tapi yang paling berbaloi aku rasa NABIL LA
coz dia dapat 15 ribu sorang je beb
kumpulan sepah memang la juara tapi dwet kene share
3 orang tu yang tak best tu
JOZAN lak dapat sorang 125 ribu sorang
kira ok la dari SEPAH kan..kan
haha..bagi aku gelaran juara tak penting
yang penting DWET a.k.a WANG



TEMPAT PERTAMA
RM 350 RIBU




TEMPAT KEDUA
RM 250 RIBU

  


TEMPAT KETIGA
RM 150 RIBU



TEMPAT KEEMPAT
RM 50 RIBU

.
korang da tengok kan gambar -gambar pemenang2 ye kan
kan aku da cakap NABIL paling kaya
dan aku rasa siapa yang masuk RAJA LAWAK
memang untung la coz walaupun muka tak kacak
leh dapat awek cun dan dapat kawin dengan artis kot
dan paling untung bagi aku ZIZAN la
coz dia selalu digosipkan dengan artis wanita yang hot
dan paling penting semua artis yang digosipkan dengan die
semau pan - asian taw..untung la hidung  mancung kan..kan  
walau ape pun
JOZAN TETAP DIHATIKU SELAMANYA


Khamis, 23 Jun 2011

zaman sekarang


sekarang aku tengok budak-budak da semakin maju
tengok jelah budak sekolah rendah sekarang pun dah 
mula menggunakan nset..dulu aku gune nset pun masa
aku form 3 itupun  nset biasa-biasa jelah
tp sekarang budak baru darjah 3 nset pun nset
yang ada kamera..xnak guna nset yang cikai-cikai
pandai dorang nak memilih pastu sekarang
lak da pandai nak becinta bagai
UPSR pun x lepas lagi da gatal nak bercinta
zaman sekarang nie aku pun makin pelik dengan lelaki
sebab pe aku pelik..yelah napa sekarang budak lelaki
suka sangat cari pasangan yang  lebih tua
macam la xde pompuan yang lebih muda
pelik..pelik...pelik

Rabu, 22 Jun 2011

trip teluk batik..marina island & lumut best




Pada hari sabtu yang lepas aku dan rakan-rakan aku
iaitu eika.aini,ara dan siena telah meluangkan masa hujung 
minggu kitaorang semua untuk pergi bercuti di
TELUK BATIK..MARINA ISLAND & LUMUT

Ini adalah kali pertama aku pergi bercuti bersama 
kawan-kawan aku ke sana dan yang pasti kami
semua sangat enjoy dengan trip kali ini
perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam untuk 
kesana..kami bertolak ke destinasi pertama
TELUK BATIK pada pukul 8 pagi

Sampai aje di TELUK BATIK semua sudah
bersemangat nak berpicnic dan aku lebih bersemangat
untuk terjun terus ke dalam air..hehe
masa kat teluk batik selepas puas kitorang 
bermandi-manda kitorang pun pergi la
naik bot nak g jalan2 keliling pulau
pada awal ye kami nak naik banana bot
tapi tengok aksi pengunjung yang menjerit bagai
nak mati, kami semua batalkan hajat itu sebab
semua ye penakot dan tak berani nak naik lebih2 lagi aku
nak taw..mase naik bot tu juga aku dapat peluang bawak bot sendiri taw
terima kasih la pada uncle yang bagi peluang kat aku 
untuk mencuba ye..memang terbaik la

Selepas TELUK BATIK kami semua pergi ke
MARINA ISLAND untuk bergambar coz
sesiap yang tak pergi kesitu memang rugi
sebab kawasan ye memang cantik dan mempersonakan
gua cakap sama lu orang..hehe..tapi kami
tak lama kat MARINA ISLAND sebab kami
semua nak pergi shopping kat LUMUT
kalau da pergi memang tak sah la nak 
shopping makanan laut yang murah2 kat LUMUT

kat bawah ini aku tunjukkan pic
percutian kami semua


 3 dara pingitan


peace..jom  pi mandi

pose dulu sebelum mandi-manda


syok gile mandi ..:)


pose dulu sebelum naik bot


muka excited nak naik bot

kat atas bot

jangan terkejut..memang aku yang pandu bot 
nak pergi marina island 


muka kepenatan dan kepeningan bile bot dipandu laju


bergambar lagi

dan lagi

makan da n makan

 cute tak kami berlima nie



model majalah DARA


di MARINA ISLAND


pose lagi


jom balik

Ahad, 19 Jun 2011

saya nak majlis tunang macam nie



aku suka sangat tengok video majlis pertunangan
irene dan pasangannya amirul...sweet sangat kan
kalau boleh aku nak majlis tunang aku nanti aku
sama macam irine coz sweet giler la majlis ye..mula
sekarang aku da kene kumpul dwet da. caiyok3

Sabtu, 18 Jun 2011

pantang


aku sangat pantang kalau orang yang aku sayang
dan orang yang penting dalam kehidupan aku dimainkan
aku takkan biarkan orang yang aku sayang sedih
dan aku akan balas dendam

Jumaat, 17 Jun 2011

spaghetti ala kokokaina


kali ni aku nak kongsi dengan korang semua
resepi untuk membuat spaghetty yang sangat mudah
resepi spaghetty ini paling mudah,ringkas dan senang umtuk disediakan
dan yang paling penting bahan-bahan yang digunakan mudah 
untuk didapati dan murah dan ianya sesuai untuk dimasak
oleh remaja yang duduk bujang

BAHAN-BAHAN
1. 2 atau 3 biji bawang besar (sederhana besar)
2. 2 atau 3 biji tomato sederhana besar)
3. daging cincang
4.minyak masak
5.sos cili
6.sos tomata
7.garam
8.blackpaper
9.spaghetty

CARA MEMASAK SOS SPAGHETTY
  1. potong bawang dan tomata..hiris dadu
  2. blend bawang dan tomato yang dipotong dadu bersama sedikit air (air tu agak-agak la ye)
  3. panaskan minyak masak dan tumiskan bawang dan tomato yang dblend tadi
  4. masukan daging cincang bersama bawang dan tomato
  5.masukan sedikit garan dan blackpaper
  6. kacau sehingga masak (kalau nak taw sos speghetty da masak senang je..kalo da kering 2 da masak   la tu)hehe
 
last sekali spaghetty direbus..kemudian boleh dihidangkan

 
SELAMAT MENCUBA




kenali siapa dia SUHAINA


enrty kali ini aku ingin bercerita mengenai diri aku 
sendiri..Dalam entry kali ini korang semua boleh
tahu mengenai apa yang aku suka dan apa yang aku 
tak suka..Insyaallah selepas membaca entry ini
korang akan lebih mengenali siapa itu SUHAINA SAMASUDIN


1. seorang anak bongsu yang sangat manja (keje aku asyik pau dwet abang-abang aku je)hehe
2.seorang yang suka menangis...aku mengaku aku ni sangat la CEWEK sebab kalau aku dengar lagu indon yang sedih2 pun aku boleh menangis...tengok...bertapa lembut ye hati aku
3.aku menjadi anak yatim semenjak umur 7 tahun lagi.Arwah ayah meninggal sejak aku darjah 1 lagi
4.aku paling suka minum air coca-cola (ye..aku taw tak elok minum air coke tapi nak wat macam ne kan..da aku suke)
5.aku paling tak suka dengan warna biru..
6.sangat obses dengan benda-benda yang cute seperti hello kitty..
7.suka menonton drama korea disebabkan hero-hero korea sangat la kacak dan bergaya
8. tak suka dengan pelakon rosyam nor dan elly suriati sebab dorang berlakon tersangat-sangat over nyah..
9. aku suke warna pink coz warna pink melambangkan kelembutan
10. aku fanatik shahir af8
11. tak suka makan sayur..PAHIT
12 .tak suka makan ubat berasaskan cecair...
13.elergic dengan ular
14.aku seorang yang sangat boros...bagi la dwet sebanyak mana dalam sehari aku boleh habiskan dalam sekelip mata
15. cepat bosan didalam sesuatu perhubungan percintaan
16.mempunyai satu tabiat yg pelik..(rahsia)
17.aku sangat suka pantai
18.seorang yang mudah mesra
19.suka bercakap tanpa berhenti dan suka cakap laju
20. seorang puteri lilin sebab tak tahan panas tapi itu kisah zaman sekolah rendah..sekarang kulit aku sangat kebal dengan panahan cahaya matahari
21.tak suka makan ikan
22.paling benci dengan binatang...Geli
23.tidak mempunyai lesen kereta tapi memilki lesen motor

sampai sini dulu la entry untuk hari ini
coz aku da kehilangan idea nak wat ayat..
bye2

Isnin, 13 Jun 2011

Irine nadia marcello bertunang


pada hari ahad tadi bersamaan 12 jun 2011
seorang blogger yang sangat popular n yang paling aku minati
sudah selamat menjadi tunangan orang..siapa lagi kalau bukan 
IRINE NADIA MARCELLO...serius aku terkejut dia sudah bertunang sebab
dia masih muda lagi tapi nak buat macam mana jodoh dia
sudah sampai...secara jujur aku suka tengok irine bertunang coz 
tunangan dia pun boleh tahan kacak ye..sangat sesuai la
dengan irine yang comel tu  and yang paling aku  suka
dengan gigi arnab dia..cute sangat kan..aku harap
irine cepat-cepat la kahwin coz aku  tidak sabar nak 
tengok pic masa dia bersanding nanti..mesti cantik kan


nie la pic tunang irine
bagai pinang dibelah 2 kan


suka pic nie...cute

Sabtu, 11 Jun 2011

jom kita makan sate..:)

salam semua..hehe..entry kali ini aku nak cerita yang aku tadi 
makan sate...huhu..bukan setakat makan jew tapi aku siap bakar sate taw
yamyam....sedap giler la wa cakap sama lu...da lama giler aku teringin 
nak makan sate dan akhir ye hari ini hajat aku tercapai juga nak makan 





 nie la sate yg aku bakar


 ada rupa chef tak


letih

huhu


jom makan


pose dulu


sedap yew


Jumaat, 10 Jun 2011

mimp yang bukan-bukan

sejak dua menjak ini..asal aku tidur je tak kira la
tidur waktu malam..tengahari ataupun petang mesti aku asyik
mimpi yang bukan-bukan and mimpi yang aku dapat semua ye nampak
seram dan menakutkan and paling teruk mimpi aku nampak real
YAALLAH petanda apa yang kau nak tunjukkan kan aku

Selasa, 7 Jun 2011

selamat pengantin baru ceroy

selamat pengantin bari diucapkan kepada sepupu saya
mohd hasrul atau lebih dikenali sebagai ceroy
semoga berbahagia disamping isteri yang tercinta dan kekal
sehingga hujung nyawa..semoga cepat timang cahaya mata k..hehe



Isnin, 6 Jun 2011

bersenam elok untuk kesihatan

entry kali ini agak poyo ye and sangat menggelikan hati
hari ini kan..saya kan hendak beritahu semua kan yang petang tadi kan
saya kan pergi kan jogging kan dekat kan stadium kan.
haha..sorry sangat-sangat coz ayat sangat mereng coz kepala aku da jadi ting-tong
coz banyak sangat berlari tadi...first time la kali ini aku lari sampai 5 pusingan
pecah rekod dunia..padahal aku lari bukan sebab jogging tapi ada orang gila yang ikut
aku dengan tiqah nak berjogging...serius lelaki tu memang tak betul kepala ye
dari mula  kami sampai je dia da ikut dari belakang sampai kami balik pun die masih ikut lagi
sungguh menyeramkan sekali tapi aku happy sangat coz dengan berjogging selalu
berat badan aku makin turun..hehe


muka kepenatan


peace

nie la orang yang tak betul 2....

Sabtu, 4 Jun 2011

kenapa susah sangat nak faham

hari ini mood aku tidak berapa elok
sebab apa..susah aku nak cakap
susah kan nak cari kawan-kawan yang betul memahami kita
ya...dulu aku sangka aku sudah jumpa
tp itu dulu...sekarang aku rasa was-was
kenapa aku rasa was-was...sebab kawan aku sendiri 
boleh cakap dan tuduh aku bukan-bukan

maybe dorang tak pernah rasa apa yang aku lalui
dorang cakap mengikut pemerhatian dorang
dorang semua tengok aku happy and enjoy
tapi itu semua luaran je.dalaman korang tak taw
korang tak taw aku macam mane aku nak lawan
mengawal emosi aku..yes korang cakap

"sue ko kena kuat..ko kena lawan"

korang cakap senang tapi korang tak taw keadaan aku
kalo korang taw..korang takkan tuduh aku.dan cakap bukan-bukan
yes..secara jujur aku sangat terasa hati dengan korang
korang da lama kenal aku kan dari sekolah lagi kan kite kenal
korang taw perangai aku macam mane
tapi sampai hati korang cakap bukan2 pasal aku
takkan aku nak cakap kat korang
wei..aku sakit la...sakit teruk..aku kena ni..kena itu
sorry..aku taknak simpati korang
itu sebab aku tak beritahu 
takkan aku nak bagi tahu satu dunia yang aku sakit
fikir la wei...aku taknak simpati

aku rase dalam hidup aku..aku bersyukur ada famly
yang memahami aku and bagi aku kekuatan
untuk lawan sakit aku...aku bersyukur sangat
mereka ada disisi aku..sama2 melawan
and aku sangat bersyukur sangat aku ada dyana yang
selalu bagi aku semangat and ada time aku sedih
dia la tempat aku mengadu dan dia jugak la yang faham aku
terima kasih dyana...selalu bagi aku nasihat

aku nak kawan yang sanggup susah senang dengan aku
bukan kawan yang depan baik tp belakang cakap buruk-buruk
pasal aku and tuduh aku yang bukan-bukan
aku tak perlukan kawan yang mementingkan diri sendiri




terima kasih dyana,,,sayang ko

Jumaat, 3 Jun 2011

:-(

terasa hati pada seseorang
perasaan : sedih yang teramat sangat bile sahabat 
sendiri tak memahami diri ini

nora elena

kat mane2 yang aku pegi mesti orang tanye
eh..ko tengok tak cite nora elena
ala...cite yg aaron aziz berlakon kat tv3 tu
secara jujur mule2 aku tak pernh tgk cite tu

tp bile tgk kawan2 aku asik bercakap pasal cite 2
aku rase mcm nk tgk pulak cite
nak tgk bez sangat ke cite
n baru2 nie aku tgk la cite ye..bez jugak la cite ye
tp aku tak bape suke sgt dgn hero ye aaron aziz
bukan aku bnci dgn aaron tp aku rase watak 2 x sesuai ngan aaron
coz aaron da nmpk sgt tua untuk siti saleha

cite nora elena diadaptasi dri novel kasih yang  suci
kat dalam cite nie yg menarik org tgk nama watak aaron aziz
sedap wei seth tan..nasib bek bukan setan
haha..mcm xde name len je kan..