Ahad, 4 Disember 2011

cita-cita

ketika aku masih lagi berpakaian seragam sekolah
aku sering ditanya soalan seperti ini..

"Besar nanti mahu jadi apa?" tanyak cikguku

" saya ingin menjadi sukarelawan", dengan penuh yakin aku menjawab.

PERTAMA KALI DIPERKENALKAN DENGAN CITA-CITA

korang masih ingat tak kad laporan sekolah rendah?
kad laporan sekolah yang sederhana besar saiz ye..
apa yang paling menarik perhatian aku dalam kad laporan
adalah ruangan menulis cita-cita

ingat lagi tak korang semua..kita dari darjah satu hingga tiga
dikehendaki tulis cita-cita bila kita dah besar nanti
kat kad laporan

"polis"

"wartawan"

"cikgu"

ini adalah cita-cita yang pernah aku tulis tanpa aku fikir apa-apa
yang aku tahu cita-cita nie femes dikalangan kawan-kawan aku.

aku pernah tertanya-tanya..
.apa yang aku kehendaki dalam hidup aku yang sebenar ye..

betul ke..aku nak jadi polis...
tapi tinggi aku tak mencukupi...
jadi aku taknak jadi POLIS


boleh ke aku nak jadi wartawan?
tapi aku tak berani nak berhadapan dengan orang ramai
jadi aku taknak jadi WARTAWAN


cikgu?
aku jadi CIKGU...boleh ke?
insyaallah....



APA CITA-CITA aku sebenar ye..
aku tak tahu..aku tak tahu aku minat bidang apa
dan yang aku tahu aku nak sangat jadi sukarelawan
harapan aku..aku dapat menolong dan membantu orang dalam kesusahan
tanpa meminta sebarang balasan..aku ingin membantu secara ikhlas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan