‘saka’ adalah                                     jin atau jin-jin yang  diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia  lain sama ada secara                                     disedari atau tidak,  biasanya melibatkan keturunan.
  Sebenarnya, apa saja jin/  jin-jin yang                                     diwarisi adalah saka tidak kira jin  keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin  tariqat, jin perubatan/                                     perbomohan, jin nenek moyang dan  sebagainya. 
            Namun bagi  masyarakat Melayu,                                     ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/  nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa  saudara                                     dll) kepada orang yang lebih muda  yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara  dsb).
            Dan lebih khusus lagi ia  disebut                                     ‘saka’ apabila jin itu mengganggu  anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang  sepatutnya berlaku                                     tetapi tidak berlaku. Jika tiada  kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan  perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu.                                     Jin-jin yang soleh dan jin Islam  juga biasanya tidak disebut saka.
            Manusia zaman dahulu  suka mengambil jin-jin                                     sebagai pembantu mereka untuk  menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah  menjadi budaya bahawa setiap                                     keluarga zaman dahulu mendapatkan  pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
            Umur jin lebih panjang  drpd umur manusia,                                     ada yang ratusan (yang umur pendek)  dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin  dengan tuan punya                                     jin tadi, maka jin itu akan terus  mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang  saka). Setelah                                     tuan punya tadi meninggal, jin itu  akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi  jin                                     itu tidak mati atau dibuang.  Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak  dibuang                                     selagi itulah mereka akan  mendampingi keluarga tersebut.
            Jadi, saya percaya (berdasarkan                                      bentuk soalan yg dikemukakan)  bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang  bertanya                                     ini adalah saka sebagaimana yang  difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang  akan saya “hi-lite”                                     kan. Jika tersilap faham harap  dimaafkan.
TANDA-TANDA SAKA
Saka yg disedari-  biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti  membuat                                     kenduri pada masa-masa tertentu,  melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan  barang pusaka khas                                     (seperti kain berwarna, alat  perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka  masih dalam penjagaan nenek                                     moyang (walaupun nenek moyang itu  tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu  ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba  ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit                                     ganjil, atau mimpi yg menakutkan…  kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu  semua akibat                                     saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan