Rasanya sudah lama juga aku tak mengupdate blog aku
ni..kalau aku update pun just letak picture aje.takde story mory yang aku nak
kongsikan…takde idea nak menaip panjang berjela-jela.takde mood nak bukak
blogspot disebabkan line BEROKBAND yang sangat slow..lembab dan sangatlah
mendukacitaan hati saya. Nasib baik tahap kesabaran saya sangat tinggi, kalau
tidak memang hye2 bye2 la Brodband CELCOM.
Ok..hari ini aku nak bercerita tentang apa yang aku buat
sejak kebelakangan ini. Pada sesiapa yang kenal diri aku iaitu saya ‘SUHAINA
BINTI SAMSUDIN’, mesti korang semua tahu perangai aku macam mana kan? Ya..aku
seorang anak bongsu yang sangat manja. Kadangkala aku jugak tak reti nak
berdikari. Semua benda aku buat mesti diperhatikan oleh family aku dan nak
dipendekkan cerita aku lebih bergantung pada family. Aku mengaku aku memang manja and seorang yang
sangat degil. Kalau boleh semua benda yang aku nak mesti kena penuhi dengan
segera , kalau tak memang aku tarik muka masam..hehe..ini adalah tabiat aku
dari kecik..disebabkan aku sudah terbiasa dimanjakan oleh abang-abang jadi aku
mengambil kesempatan..hehe..sangat jahat kan aku nie..hehe..tapi ada aku kesah…hahahah
(gelak jahat)
Korang nak tahu tak, sebenarnya dulu aku sangat tak suka nak
memasak..nak masuk dapur pun aku sangat malas..haha..tapi sekarang aku dah
berubah…aku pun tak tahu kenapa sekarang aku rajin masuk dapur dan cuba
pelbagai resepi-resepi baru. Dan yang paling mengejutkan, baru aku tahu aku ada
bakat untuk memasak..hehe..kalau dulu setakat masak yang simple-simple boleh la…setakat
masak ayam goreng, ayam masak merah semua orang boleh masak kan. Sekarang aku
dah mahir masak tomyam, masak lemak cilia api, rendang and paling aku terel aku
dah pandai masak nasi ayam..hehe…first time buat nasi ayam terus jadi.perasaan
aku sangat teruja gila..mesti orang cakap
“setakat buat nasi ayam, aku pun boleh”…hahaha..aku tak kesah ape orang
nak cakap sebab dulu bagi aku buat nasi ayam satu benda yang sangat
susah..rupanya tidak, nasi ayam la masakan paling mudah dan senang nak
disediakan..hehe..
Tapi baru sekarang aku sedar yang sebenar aku lebih minat
pada bidang bakery. Yup..aku sangat suka buat benda yang comel-comel macam kek,
apam polkadot and coklat..dan akhir ye aku dah reti nak buat semua tu..sekarang
aku tengah cuba pulak nak buat tiramisu..harap2 jadi la..hehe..kalau jadi
memang aku nak buat bisnes on9..hehe..mane tahu dari buat bisnes kecil-kecilan
aku boleh bukak kedai bakery sendiri..mana tahu kan..hehe..rezeki takde siapa
yang tahu kan..yang penting ada keinginan dan kesungguhan untuk memajukan
diri..hehe..
colat lolipop
coklat
apam polkadot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan