Khamis, 6 September 2012

pengalaman hidup mematangkan seseorang



Pengalaman hidup mematangkan seseorang..

Selalu orang yang rapat dengan aku cakap.. “suhaina.kau dah lain”..
“kau memang suka gelak dengan buat lawak macam dulu Cuma dari satu sisi ko Nampak dah matang,dah tak macam dulu..Aku hanya mampu tersenyum…
Sebenarnya aku sendiri rasa kelainan diri aku, hari ni aku nak kongsi cerita pasal diri aku..aku dilahirkan dari keluarga yang besar. Aku anak bongsu..bila bercakap pasal anak bongsu mesti fikir 1 perkara kan iaitu “MANJA” ! aku mengaku aku memang manja apa yang aku nak mesti aku nak dapat dalam waktu yang cepat.kalau dapat lambat je mesti aku dah mengamuk sakan..menjengkelkan bukan..tapi itulah sikap aku dari kecik. Aku banyak abang and aku agak rapat dengan abang2 aku and aku ada 3 org kakak..tapi sekarang aku tinggal 2 orang saje sebab salah seorang kakak aku yang paling aku sayang meninggal dunia masa aku umur 7 tahun lagi..time tu aku baru masuk darjah 1.tak silap aku tahun 1995. Arwah kakak meninggal pada tarikh 10.01.1995. sama tarikh lahir abng sulong aku. Kehilangan dia memang amat terasa sebab die memang baik dengan adik-adik dia. Ingat lagi seminggu die pergi aku sampai demam2 sbb terlalu rindukan arwah kakak.. aku amik mase 4 ke 5 bulan jugak nak terima kenyataan kehilangan kakak yang disayangi. Lepas aku dah mula terima kehilangan x sampi bp bulan pada tahun yang sama jugak aku kehilangan ayah. Arwah ayah meninggal pulak tarikh 15.10.1995, 5 hari selepas hari jadi aku. Dalam satu tahun aku kehilangan 2 orang yang aku sayang ketika aku masih kecik.. memang orang fikir aku kecik tak rasa apa-apa tapi dorang taktahu macam mane hati aku.. kehilangan ayah masa berumur 7 tahun sangat perit ok..tengok kawan2 panggil ayah dorang aku cemburu,…aku cemburu bila tengok dorang balik ayah dorang amik..aku hanya tengok dari jauh. Memang abang-abang aku jaga aku baik2 tp beza  dengan ayah bukan. Beza kasih seorang abang dengan kasih seorang ayah. Tapi aku x pernah sesekali nak sebut pasal arwah ayah dekat family aku sebab apa aku taknak dorang sedih. Walaupun aku rindu dorang sangat2 aku hanya mampu simpan dalam hati. Tak banyak kenangan aku dengan arwah ayah…ayahhhhh….adik rindu sangat kat ayah…sekarang ni adik tol2 perlukan ayah…kadang2 adik tak tahan dengan semua dugaan ni ayah…berhenti menangis suhaina (sambil lap air mata)

Aku sambung cerita balik..aku macam kanak-kanak biasa dibesarkan dalam keluarga yang bahagia.. aku dikurniakan abang2 and kakak2 yang sangat baik. Dorang betul2 jaga aku mcam yang diminta oleh arwah ayah..abang penah cakap sebelum meninggal..suruh jaga aku baik2..alhamdulillah abang2 aku berjaya jaga and bagi didikan yang baik untuk aku..ALHAMDULILLAH…walaupun hidup aku dikongkong oleh dorang aku tak kesah sebab aku tahu tu semua untuk kebaikan aku.kadang2 ada jugak la aku memberontak tapi tak lama. Nak dikatakan aku tak pernah berpisah lame dengan dorang kecuali plkn.. tpai plkn pun semua bnda diuruskan oleh pihak kem jdi suasana macam kat rumah..kat kem pun aku tak pernah rasa kebebasan..terasa terkongkong gak..hahaha..ingat balik kem aku leh berubah jadi matang tapi sama jugak tetap manja and masih menharapkan keluarga..kalau korang nak tahu dulu aku satu kerja pun x taw buat taw..semua mak and kakak yang buat..nak sapu sampah pun tak betul. Nampak x macam mane kemanjaan aku..hehehe…

Kisah hidup aku yang betol2 aku rasa mematangkan  aku sejak aku masuk f6..sejak tu aku de kenal sorang mamat..dari benci aku mula suka dia..dulu aku ingat die la cinta mati aku..die janji mcm2 kat aku kata takkan tinggalkan aku n janji takkan curang dengan aku. Tp akhir ye benda tu Cuma cakap kosong je..nak dikatakan hubungan kami bertahan sampai 3 tahun je..kami clash masa aku study kat unisel..die tinggalkan disebabkan perempuan lain…perasaan aku masa tu hanya tuhan yang tahu…yang baik ye mamat nie die tgglkan aku hanya melalui mesej kat fb je..kejam kan..hahaha..terasa bodoh sangat aku time tu…dah la tinggalkan aku melalui mesej je pastu paling kejam die tinggalkan aku time aku nak final exam and paling teruk lagi 2 ari aku nak sambut brfday aku..time tu 2 ari aku menangis teruk sangat sampai makan and minum aku x jaga…nasib baik masa tu ramai kawan-kawan aku yang bagi sokongan kat aku..terima kasih SAHABAT…sebab korang aku ada semangat teruskan kehidupan aku..sejak kes tu aku agak pendiam..

Sejak kejadian putus cinta tu pulak kire 3 bulan selepas putus..aku putus bulan 10..bulan 1 lak aku dibagi ujian yang lebih berat lagi and aku tak pernah fikir yang aku dibagi ujian seberat tu. Cerita die bermula aku join akitviti unisel kat sini dak2 kelas aku diwajibkan join lau x join final failed..kejam bukan lec aku time tu..masa tu aku memang tak sedap hati sangat nak join benda-benda camnie,,sok nak pergi pun aku rasa tak gembira,,aku pergi sebab terpaksa semata-mata.. rupa-rupanya memang ada kejadian yang merubah hidup aku. Kat sane aku dengan kawan2 sekelas aku dalam 6 ke 7 orang kene hysteria kat pantai kat kuantan. Time tu keadaan aku teruk sgt 2 hari aku kat kuantan tanpa mkn and mandi hanya minum semata2 je.. 2 hari kami kena rasuk mmg aku tak sedar ape2 yang aku sedar aku dah ada kat balakong dengan badan2 yang lebam teruk..langsung takde tenaga..sejak kes tu familt aku semua sedih sebab tak sangka aku kena macam tu..ingatkan kes tu sampai kat situ je..rupe ye sakit aku berlanjutan sampai nak dekat 2 tahun..alhamdulillah sekarang aku dah ok..tapi dalam 2 tahun nie mcam2 yang aku rasa.hanya tuhan saja yang tahu macam mana sakit ye..sampai satu tahap aku pernah rasa macam tak bergunanya aku hidup..sebab menyusahkan family aku jaga aku..ada jugak sampai satu tahap aku rasa nak bunuh diri. Itu memang tahap keimanan aku senipis kulit bawang..aku tak taw nak cakap mcm mane teruk ye keadaan aku tu..nasib baik aku ada kawan2 and family yang support aku.bayangkan putus cinta pastu diberi sakit yang xleh nak cakp mcm ne teruk ye and paling sedih aku kena benti study sebab sakit aku ni. Sampai aku pernah fikir kenapa Allah bagi ujian seberat ini kat aku.. sampai satu masa aku bangun malam and buat solat hajat solat taubat kemudian aku pun berfikir sedalam2 ye kenapa ujian nie ALLAH bagi kat aku. Masa tu rasa hiba yang teramat sangat. ALLAH sayangkan aku sebab tu dia bagi ujian kat aku..sejak tu aku mula berubah jadi matang..setiap benda yang aku buat kalo boleh xnk sesekali menyusahkan family aku.aku dari budak yang giler2 jadi pendiam and bayak duduk kat bilik je..serius aku jadi diri lain. Sampai satu masa aku jumpa kawan sekolah dulu tiqah and aini.. sejak aku jumpe dorang hidup aku dah berubah jadi ceria..banyak benda yang dorang wat aku ceria..aku beruntung dpt kawan mcm dorang..dan disebabkan dorang jugak aku kenal some1 yang sekarang nie betul2 bermakna dalam hidup aku. Awak…saya harap kita dapat tempuh dugaan nie sama2…saya sayg awak sgt2..sekian..terima kasih

1 ulasan:

  1. Sabar maksu, percayalah kebahagiaan itu akan tiba bila maksu betul-betul redha dgn dugaan.

    Be Happy and think happy thought ! :)

    p/s: semua dugaan jd bulan 10 kan.. kebetulan je tu.. sabar ye ;)

    BalasPadam