Ucap “I love you ” kelihatan mudah walaupun makna yang terselindung didalam ucapan tersebut amat besar ertinya bagi seseorang yang menagih cinta daripada orang yang dikasihinya. Semua juga tahu mengucapkan ucapan tersebut bermakna hubungan cinta meraka masih berjalan seperti biasa. Namun,yang pasti bukan semua orang memiliki keberanian yang serupa untuk mengucapkan “i love you “kepada insan terpilihnya .
Cara untuk melafazkannya terbahagi kepada pelbagai kaedah mengikut tahap kegilaan anda menyintai si dia yang berjaya merangkul hati anda. Teknik misteri ucap i love you ini mungkin berguna bagi anda:
- Mulakan bersembang dengan pasangan anda. kemudian, anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh membuatkan mood dia tenang. Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera. Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak balas positif.
- Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang tepat pada matanya serta sebut I love U.
- Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga sebesar – besar perbuatan.
- Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima apa yang ingin di sampaikan pasangan.
- Buat-buat ketawa jika si dia cuba membuat lawak yang sama .
- Pakai pakaian yang diminati olehnya .
- Beli aiskrim kegemarannya dan bukan yang anda suka.
- Puji kecantikannya .
- Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
- Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
- Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
- Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
- Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
- Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
Mengucapkan i love you sebenarnya mudah,tapi jika ia bukanlah lahir dari hati yang ikhlas dan jujur ,maka anda bakal menempohi pelbagai rintangan dan dugaan . Inilah rahsia orang bercinta”berkawan biar beribu,bercinta hanya satu”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan