Sabtu, 20 Oktober 2012

Congratulations



Tahniah Mohd Shahrizal Hadziri…
Anda sekarang sudah menjadi Graduan Universiti Industri Selangor
Dan anda sudah mempunyai segulung Diploma !!!
Semoga anda berjaya mendapat pekerjaan yang diidam idamkan…

Stop ayat skema nie…sekarang mula menulis dengan ayat yang santai saje…
14 oktober 2012 tadi si chinta ati dah grad.. Alhamdulillah…dapat gak aku amik cuti nak tengok sidia konvo.. banyak betol halangan aku nak pergi tengok die konvo dan akhirnya dimana ada kemahuan disitu ada jalan..cewaaahhhh…sebenarnya aku dah lama tak pergi unisel..hari tu dapat gak la aku pergi and berjumpa kawan2 lama…serius rindu suasana study kat sana..rindu kawan2, rindu library, rindu dewan biru, rinda pusat pelajar,rindu hostel and rindu suasana lepak kat tasik unisel…semua yelah aku rindu yang ada kat unisel nie..

Nasib baik masa sidia konvo cuaca ok tapi time nak balik jelah hujan renyai2 dah..alhamdulillah happy dapat tengok sidia dah konvo pastu tengok family si chinta ati semua datang tengok die konvo..kalau aku tak extend study mesti aku pun konvo sama sekali dengan die..tapi lau aku tak extend aku mesti tak kenal dengan dia..ada hikmh semua yang berlaku..ehhh..nak tahu tak masa befday aku dia bagi aku bunga kan and time die konvo lak aku bagi die bunga…sweeeettttttttttttt tak..bukan bunga je aku bagi tapi aku bagi sekali dengan coklat yang aku buat..hehehe (sayaseorangyangsangat romantik)hahaha…suka sangat kan aku puji diri sendiri..abaikan saje pujian aku tu..heeee…macam kebetulan pulak befday aku dekat dengan die punye tarikh konvo..jadi adil masing2 dapat bunga.. heee

Dua bulan perhubungan kami nie..banyak kenangan kami bersama..ada suka ada duka..banyak yang kenangan manis kami bersama… Alhamdulillah makin hari perasaan aku pada sidia semakin mendalam… semoga hubungan kami nie kekal sampai bila2..and aku harap kami berdua kuat jaga hubungan die..pada awak Mohd Shahrizal…hny sayang b…sayang sangat…tahniah lagi sekali b..ILOVEYOU…..



family Shahrizal











Khamis, 11 Oktober 2012

epy befday to me




Alhamdulillah, pada 10 oktober 2012 genap umur aku 23 tahun..syukur pada Allah aku diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini. Terima kasih pada family yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, terima kasih pada kawan-kawan yang wish befday aku semalam tak lupa jugak pada cinta hati yang membuat kejutan semalam….terharuuuuuuuuuuuuuuu…

Entry kali ni aku nak citer pasal surprise yang telah dibuat oleh cinta hati aku..ok..kalo korang nak tahu 2 hari sebelum befday aku tu..aku de wat salah besar kat sidia,sampai dia terasa hati sangat dengan aku..yelah memang salah aku kot sebab dah banyak kali dia nasihat aku tapi aku tetap buat jugak..adeh..susah tol aku nak dengar cakap kan…kesian dia…awak…saya minta maaf tak pandai amik hati awak.. masa aku dah wat salah tu aku rasa sedih sangat la..sebab first time Nampak die marah macam tu, walaupun die cakap die tak marah aku tahu die  marah sebenar ye..sampai text aku pun die tak rplay..tapi aku bersyukr sebab die marah tak lama…dalam 3 jam je dia dah ok..walaupun die kata die dah maafkan aku, aku still rasa bersalah sebab tak dengar nasihat and aku sedih sebab buat die terasa..itu citer 8.10.2012.

Citer 9.10.2012 pulak..aku excited la nak die orang first yang wish kat aku..tapi memang die orang pertama pun yang wish kat aku.hehehe….yang aku sedih lak malam befday aku lak die terpaksa OT..omg…sedih ye hati aku…nasib baik die tak lupa wish befday aku kat fb and bbm..jadi ilang la rase sedih sikt..pastu die blik keje dapat gak la dgr die nyanyi lagu hppy befday utuk aku..ingat malam befday boleh r luangkan masa dengan dia tapi takpelah aku paham die dah keje..aku pun dah keje.jadi masa untuk jumpa memang susah la..takpe kena bertahan untuk masa 3 tahun je lagi..

Citer 10.10.2012 pulak siang tu semua orang yang aku call sume ye bz la..aku text bbm sidia die tak reply..call x angkat..bertambah +++++++ sedih la aku..ye r befday aku tapi die bz dengan keje..tapi takpe aku masih leh terima sebab die baru mula keja kan, jadi aku mesti la jdi kekasih yang memahami..cewaaahhhhhhhhhhhhh……………tapi dalam hati..sedih ye alahai…xleh digambarkan..lagi2 time die cakap die nak datang jumpa aku kul 6.30..die janji nak datang kul 6..ok aku tunggu la kul 6.30, die cakap die datang lambat sikit..ye aku tunggu lagi..pastu dah kul 7 dah..aku mesej tanya die kat mane skrg sebab dah kul 7..kul 8 aku nk tutup kedai kan…die kata hny kene tggu smpi b datang sebab die ada hal sikit..aku pun ckp ok..tggu punye tggu smpi kul 7.45 pun die x smpi lagi....hmmm.tibe2 nk dkt kul 8 die dtg…ok aku dengan rasa nak nangis sebab sedih die datang lambat pastu de ura-ura sikit la aku nak marah die sebab aku tunggu lama..tpi dah smpi kat die tibe2 die bagi aku bunga terus aku terkedu rasa nak nangis..tapi msih leh kawal lagi emosi..xleh nangis depan sidia..dalam hati rasa “adeh romantic pulak dia nie “. Pastu sidia siap belikan patung bear…alahai…sweet ye…terus hati rasa makin hari makin cair..makin sayang…makin cinta +++++++… Pastu sidia ajak aku makan..padahal time tu dah lewat..lau leh aku taknak blik rumah lambat sangat..tapi sebab die dah susah2 datang jauh jadi aku pun ikt jgk la..lgpun bukan selalu dpt jumpa sidia..hehehehe..dapat gak lepas rindu..dah sampai kat mee cafĂ©..tengah sembang2 tibe2 de orang nyanyi lagu happy befday sambil bawak kek..omg…air mata dah bergenang dah..jangan tumpah ok..t malu dengan sidia..hehehe…serius tak sangka sidia sggup buat kek sekali…sesangat sweetttt….terima kasih b sebab sanggup susah2 nak wat suprise nie…hny xtw nak cakap macam mane lagi…sangat terkejut..terkesima..terharu…I LOVE YOU MOHH SHAHRIZAL HADZIRI…



sayang awak
<3




muka terkesima


kek hasil tangan bakal mak mertua ..insyaallah



teddy bear dari sang kekasih


Cinta bukan datang kerana rupa paras sahaja.
Tak cantik, tak handsome tapi kalau ada jodoh, pasti akan datang juga.
hati saye untuk awak , hati awak untuk saye


Isnin, 8 Oktober 2012

maafkan saya




Assalamualaikum…

Sekarang ni kalau aku sedih mesti aku update blog..kalo taip ayat, air mata mesti nak bergenang…ish..bertahan suhaina..jangan sekali menangis…

Bulan 10 datang kembali..setiap kali bulan 10 aku mesti takut,sedih,sebak and semua perasan bercampur baur,walaupun bulan 10 bulan kelahiran aku.. aku tahu setiap kali muncul bulan 10 aku mesti de kecikan hati orang, kali ni aku dah kecikan hati orang yang aku sayang. Aku tak sengaja and aku tahu aku tak patut kuarkan perkataan tu..tapi nasi dah jadi bubur kan…aku dah minta maaf..walaupun dia cakap dia ok, aku tahu die sebenarnya tak ok..

Aku tak tahu sejak bila aku kasar..mybe sejak aku pernah terluka aku jadi macam ni..tak reti nak jaga hati orang lain..padahal aku dah cuba sedaya upaya untuk berubah.. kadang-kadang aku rasa tak kuat sangat…aku lemah… aku paham kalau die tak boleh maafkan aku..bukan sekali dua dia nasihatkan aku tapi banyak kali dah..tapi aku still buat lagi..aku dah cuba  tak cakap macam tu tapi mulut aku mesti tersasul… aku tahu dia terasa hati sangat dengan aku..aku tahu die mesti susah nak maafkan aku.. tapi nak buat macam mana kan..lau aku jadi dia pun aku marah n susah nak maafkan aku..tapi xpelh…aku kene terima sebab salah aku..aku terima kalau die benci aku..sebab aku tahu salah aku besar kan…tak tahu nak tulis ape..kalau dia baca blog ni…saya nak minta maaf banyak kat awak..saya tahu saya salah…sorry sgt2…

Jumaat, 5 Oktober 2012

Teknik Misteri Ucap I love You



Ucap “I love you ” kelihatan mudah walaupun makna yang terselindung didalam ucapan tersebut amat besar ertinya bagi  seseorang yang menagih cinta daripada orang yang dikasihinya.  Semua juga tahu mengucapkan ucapan tersebut bermakna hubungan cinta meraka masih berjalan seperti biasa. Namun,yang pasti bukan semua orang memiliki keberanian yang serupa untuk mengucapkan “i love you “kepada insan terpilihnya .
Cara untuk melafazkannya terbahagi kepada pelbagai kaedah mengikut tahap kegilaan anda menyintai si dia yang berjaya merangkul hati anda. Teknik misteri ucap i love you ini mungkin berguna bagi anda:
  • Mulakan bersembang dengan pasangan anda. kemudian, anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh membuatkan mood dia tenang. Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera. Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak balas positif.
  • Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang tepat pada matanya serta sebut I love U.
  • Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga sebesar – besar perbuatan.
  • Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima apa yang ingin di sampaikan pasangan.
  • Buat-buat ketawa jika si dia cuba membuat lawak yang sama .
  • Pakai pakaian yang diminati olehnya .
  • Beli aiskrim kegemarannya dan bukan yang anda suka.
  • Puji kecantikannya .
  • Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
  • Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
  • Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
  • Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
  • Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
  • Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
Mengucapkan i love you sebenarnya mudah,tapi jika ia bukanlah lahir dari hati yang ikhlas dan jujur ,maka anda bakal menempohi pelbagai rintangan dan dugaan . Inilah rahsia orang  bercinta”berkawan biar beribu,bercinta hanya satu”.

Selasa, 2 Oktober 2012

sorry


pernah tak korang rasa sakit dada?
maksud aku sakit dada bila rasa sedih yang teramat sangat.
ada tak rasa macam nak pukul dada sebab terlalu sakit..
itu yang aku rasa sekarang, sakit sangat..
rasa bersalah yang teramat sangat..sampai ada satu tahap
aku rasa nak cabut je dada aku sebab sakit n sebak sangat...


awak... saya minta maaf sangat2...
salah saya... sorry again..

Isnin, 17 September 2012

kisakh kanak2 ribena



Aku  :  mari kita main mak2 nak tak?

kawan2 aku : jom..jom

aku : aku nak jadi anak..zila jadi mak uzair jadi ayah boleh kan..korang besar..aku kecik..aku jadi anak jelah ye..

 kisah zaman kanak-kanak dulu...

.....bila aku teringat zaman budak-budak dulu..mesti aku nak tergelak..main yang aneh-aneh je..dulu setiap hari cuti je aku mesti dengan kawan baik aku masa kecik lepak kat tepi bendang kat bawah pokok melur...pastu amik bunga melur a.k.a bunga kubur selit kat telinga...bajet nak jadi macam puteri..alahai sangat mengelikan time aku budak2 dulu...aishhhh...pastu main mak mak..mekap pakai gincu merah menyala...main-main ada anak..dukung anak patung bagi susu bagai..ibaratkan anak patung tu macam anak sendiri pastu buai anak patung konon-konon anak mengantuk nak tidur..siap menyanyi lagi..

Agak-agak ye kan zaman sekarang ni, ada tak budak-budak main mak2 macam aku dlu...main anak raja siap selit bunga  kat telinga...pastu kepit anak patung kat ketiak..ada ke takde ye..hahaha..uihssss...budak zaman sekarang nie dah demand taknak main panas-panas...main kat dalam rumah..main nak poyo je je nak main PS...haktuiii tol..sbb tulah sekarang ni ramai budak yg obesiti..main game besarkan bontot je keje ye..Cube korang semua contohi AKAK SUHAINA ni main benda yang keluarkan peluh..hahaha..nie tak main game je..ape yang korang dpt..huh..(nampak sangat aku jeles sebab kck2 xdpt main)

kalau aku tengok album aku masa kecik2 dengan gigi tengah takde pastu ikat rambut tocang dua dah mcam tanduk kambing je.dengan pakai baju kembang ye..alahai..tak pandai ye aku berfesyen dulu..pastu kecik-kecik dulu suka mekap tebal-tebal dah besar nak pakai bedak pun tak bape nak reti..hahahha...pastu masa kecik-kecik citer aku nak jadi polis taw tapi apakah daya aku baka family aku sume kecik2...adeh..cita2 aku berkubur begitu saja...





#### entry sambungan nie besok..bye...hahaha (idea dah takde)


Khamis, 6 September 2012

pengalaman hidup mematangkan seseorang



Pengalaman hidup mematangkan seseorang..

Selalu orang yang rapat dengan aku cakap.. “suhaina.kau dah lain”..
“kau memang suka gelak dengan buat lawak macam dulu Cuma dari satu sisi ko Nampak dah matang,dah tak macam dulu..Aku hanya mampu tersenyum…
Sebenarnya aku sendiri rasa kelainan diri aku, hari ni aku nak kongsi cerita pasal diri aku..aku dilahirkan dari keluarga yang besar. Aku anak bongsu..bila bercakap pasal anak bongsu mesti fikir 1 perkara kan iaitu “MANJA” ! aku mengaku aku memang manja apa yang aku nak mesti aku nak dapat dalam waktu yang cepat.kalau dapat lambat je mesti aku dah mengamuk sakan..menjengkelkan bukan..tapi itulah sikap aku dari kecik. Aku banyak abang and aku agak rapat dengan abang2 aku and aku ada 3 org kakak..tapi sekarang aku tinggal 2 orang saje sebab salah seorang kakak aku yang paling aku sayang meninggal dunia masa aku umur 7 tahun lagi..time tu aku baru masuk darjah 1.tak silap aku tahun 1995. Arwah kakak meninggal pada tarikh 10.01.1995. sama tarikh lahir abng sulong aku. Kehilangan dia memang amat terasa sebab die memang baik dengan adik-adik dia. Ingat lagi seminggu die pergi aku sampai demam2 sbb terlalu rindukan arwah kakak.. aku amik mase 4 ke 5 bulan jugak nak terima kenyataan kehilangan kakak yang disayangi. Lepas aku dah mula terima kehilangan x sampi bp bulan pada tahun yang sama jugak aku kehilangan ayah. Arwah ayah meninggal pulak tarikh 15.10.1995, 5 hari selepas hari jadi aku. Dalam satu tahun aku kehilangan 2 orang yang aku sayang ketika aku masih kecik.. memang orang fikir aku kecik tak rasa apa-apa tapi dorang taktahu macam mane hati aku.. kehilangan ayah masa berumur 7 tahun sangat perit ok..tengok kawan2 panggil ayah dorang aku cemburu,…aku cemburu bila tengok dorang balik ayah dorang amik..aku hanya tengok dari jauh. Memang abang-abang aku jaga aku baik2 tp beza  dengan ayah bukan. Beza kasih seorang abang dengan kasih seorang ayah. Tapi aku x pernah sesekali nak sebut pasal arwah ayah dekat family aku sebab apa aku taknak dorang sedih. Walaupun aku rindu dorang sangat2 aku hanya mampu simpan dalam hati. Tak banyak kenangan aku dengan arwah ayah…ayahhhhh….adik rindu sangat kat ayah…sekarang ni adik tol2 perlukan ayah…kadang2 adik tak tahan dengan semua dugaan ni ayah…berhenti menangis suhaina (sambil lap air mata)

Aku sambung cerita balik..aku macam kanak-kanak biasa dibesarkan dalam keluarga yang bahagia.. aku dikurniakan abang2 and kakak2 yang sangat baik. Dorang betul2 jaga aku mcam yang diminta oleh arwah ayah..abang penah cakap sebelum meninggal..suruh jaga aku baik2..alhamdulillah abang2 aku berjaya jaga and bagi didikan yang baik untuk aku..ALHAMDULILLAH…walaupun hidup aku dikongkong oleh dorang aku tak kesah sebab aku tahu tu semua untuk kebaikan aku.kadang2 ada jugak la aku memberontak tapi tak lama. Nak dikatakan aku tak pernah berpisah lame dengan dorang kecuali plkn.. tpai plkn pun semua bnda diuruskan oleh pihak kem jdi suasana macam kat rumah..kat kem pun aku tak pernah rasa kebebasan..terasa terkongkong gak..hahaha..ingat balik kem aku leh berubah jadi matang tapi sama jugak tetap manja and masih menharapkan keluarga..kalau korang nak tahu dulu aku satu kerja pun x taw buat taw..semua mak and kakak yang buat..nak sapu sampah pun tak betul. Nampak x macam mane kemanjaan aku..hehehe…

Kisah hidup aku yang betol2 aku rasa mematangkan  aku sejak aku masuk f6..sejak tu aku de kenal sorang mamat..dari benci aku mula suka dia..dulu aku ingat die la cinta mati aku..die janji mcm2 kat aku kata takkan tinggalkan aku n janji takkan curang dengan aku. Tp akhir ye benda tu Cuma cakap kosong je..nak dikatakan hubungan kami bertahan sampai 3 tahun je..kami clash masa aku study kat unisel..die tinggalkan disebabkan perempuan lain…perasaan aku masa tu hanya tuhan yang tahu…yang baik ye mamat nie die tgglkan aku hanya melalui mesej kat fb je..kejam kan..hahaha..terasa bodoh sangat aku time tu…dah la tinggalkan aku melalui mesej je pastu paling kejam die tinggalkan aku time aku nak final exam and paling teruk lagi 2 ari aku nak sambut brfday aku..time tu 2 ari aku menangis teruk sangat sampai makan and minum aku x jaga…nasib baik masa tu ramai kawan-kawan aku yang bagi sokongan kat aku..terima kasih SAHABAT…sebab korang aku ada semangat teruskan kehidupan aku..sejak kes tu aku agak pendiam..

Sejak kejadian putus cinta tu pulak kire 3 bulan selepas putus..aku putus bulan 10..bulan 1 lak aku dibagi ujian yang lebih berat lagi and aku tak pernah fikir yang aku dibagi ujian seberat tu. Cerita die bermula aku join akitviti unisel kat sini dak2 kelas aku diwajibkan join lau x join final failed..kejam bukan lec aku time tu..masa tu aku memang tak sedap hati sangat nak join benda-benda camnie,,sok nak pergi pun aku rasa tak gembira,,aku pergi sebab terpaksa semata-mata.. rupa-rupanya memang ada kejadian yang merubah hidup aku. Kat sane aku dengan kawan2 sekelas aku dalam 6 ke 7 orang kene hysteria kat pantai kat kuantan. Time tu keadaan aku teruk sgt 2 hari aku kat kuantan tanpa mkn and mandi hanya minum semata2 je.. 2 hari kami kena rasuk mmg aku tak sedar ape2 yang aku sedar aku dah ada kat balakong dengan badan2 yang lebam teruk..langsung takde tenaga..sejak kes tu familt aku semua sedih sebab tak sangka aku kena macam tu..ingatkan kes tu sampai kat situ je..rupe ye sakit aku berlanjutan sampai nak dekat 2 tahun..alhamdulillah sekarang aku dah ok..tapi dalam 2 tahun nie mcam2 yang aku rasa.hanya tuhan saja yang tahu macam mana sakit ye..sampai satu tahap aku pernah rasa macam tak bergunanya aku hidup..sebab menyusahkan family aku jaga aku..ada jugak sampai satu tahap aku rasa nak bunuh diri. Itu memang tahap keimanan aku senipis kulit bawang..aku tak taw nak cakap mcm mane teruk ye keadaan aku tu..nasib baik aku ada kawan2 and family yang support aku.bayangkan putus cinta pastu diberi sakit yang xleh nak cakp mcm ne teruk ye and paling sedih aku kena benti study sebab sakit aku ni. Sampai aku pernah fikir kenapa Allah bagi ujian seberat ini kat aku.. sampai satu masa aku bangun malam and buat solat hajat solat taubat kemudian aku pun berfikir sedalam2 ye kenapa ujian nie ALLAH bagi kat aku. Masa tu rasa hiba yang teramat sangat. ALLAH sayangkan aku sebab tu dia bagi ujian kat aku..sejak tu aku mula berubah jadi matang..setiap benda yang aku buat kalo boleh xnk sesekali menyusahkan family aku.aku dari budak yang giler2 jadi pendiam and bayak duduk kat bilik je..serius aku jadi diri lain. Sampai satu masa aku jumpa kawan sekolah dulu tiqah and aini.. sejak aku jumpe dorang hidup aku dah berubah jadi ceria..banyak benda yang dorang wat aku ceria..aku beruntung dpt kawan mcm dorang..dan disebabkan dorang jugak aku kenal some1 yang sekarang nie betul2 bermakna dalam hidup aku. Awak…saya harap kita dapat tempuh dugaan nie sama2…saya sayg awak sgt2..sekian..terima kasih

Ahad, 26 Ogos 2012

luahan isi hati



Assalamualaikum

Selamat hari raya aidifitri….

“kita akan berjumpa dengan orang yang salah sebelum kite berjumpa dengan orang yang betul”
….korang pernah dengar ayat ni tak…mesti pernah kan..ayat nie macam tunggang terbalik sikit tapi aku rasa korang leh faham kan…..
Mesti korang tertanya2 kenapa aku buat ayat nie…hehehe..saje je aku nak buat…xde lah…hari nie aku nak luahkan perasaan aku..raya tahun nie rasa ye raya yang paling aku tak boleh lupa..sebab apa..sebab tahun nie aku dah kenalkan incik shahrizal kat mak aku..alhamdulillah…mak dah restu…mula2 kenalkan rasa malu sangat..tapi aku bersyukur sebab family semua restu…terima kasih YAALLAH sebab bagi kebahagiaan kepada saya…

 #  Aku bukan seorang wanita yang sempurna tapi aku akan cuba jadi wanita yang sempurna…
 # Aku bukan seorang wanita yang lemah lembut tapi aku akan cuba jadi wanita yang lemah lembut untuk awak
 # Aku bukan wanita yang pandai amik hati tapi saya akan cube belajar untuk menjaga hati awak


Awak…sebenarnya saya tak sangka hubungan kita sampai macam ni kan..dulu kita kawan je…tak sangka saya jatuh hati kat awak. saya sayang awak..awak selalu ada bila saya dalam kesusahan..saya nak mintak maaf kat awak sebab selalu terkasar ngan awak..sory saya tak sengaja…
Awak …saya harap hubungan kita kekal..saya cuba jadi yang terbaik untuk awak…saya cuba jadi pendengar terbaik untuk awak..saya akan ada disisi awak susah dan senang…saya akan ada disisi awak dikala jatuh dan bangun awak..selagi awak percaya kan saya dan sygkan saya…saya xkan kecewakan awak…saya akan cuba bahagiakan awak dan menceriakan hari2 awak…SAYA SAYANG AWAK MOHD SHAHRIZAL HADZIRI



Jumaat, 17 Ogos 2012

imy ayah and akak

nak dekat raya mesti ingat kat arwah ayah and akak.

ayah..adik rindu sangat dengan ayah and kakak...

Ahad, 12 Ogos 2012

my soulmate (tajuk xde kena mengena dgn entry aku buat nie)




Aku tak tahu la nak tulis ape untuk entry ni..kali ni aku nak tulis ayat jiwang la. Walaweh memang taklah suhaina nak tulis ayat jiwang. Mesti korang perasan kan sejak dua menjak ni aku sangat rajin update blog kan.. ye..aku akan tulis blog bila hati aku tengah happy and bahagia..Ok la..entry nie aku tulis sebenar ye nak cite pasal sorang budak nie..dia asik tanya bila la nak letak pic dia kat blog aku nie..bila la aku nak citer pasal dia and letak nama die kat blog aku ni..alahai…bukan ye taknak letak and mention nama dia kat blog aku nie..tapi aku segan la. Waaahhhhhhhhhhhhh tibe2 aku jadi segan la pulak..ape kes…mesti la segan..dalam hati dah ada taman bunga..

Sebenarnya aku tak sangka aku boleh jatuh cinta lagi kat orang. Dulu aku penah cerita kan yang aku pernah dilukai sampai aku tak percaya pada laki.  Bukan x percaya la pada laki Cuma hati aku rasa susah nak suka kat laki.  Hati aku rasa macam dah keras sangat dengan laki. Memang ramai nak kenal tapi semua aku rasa tak serasi. Setiap kali aku kenal dengan lelaki aku mesti ingat kisah aku dulu., sekali aku pernah kena tipu dengan laki sampai sekarang aku rasa benci sangat dengan laki..sampai la aku kenal seseorang ini. Aku tak tahu nak cakap macam mane, sejak aku kenal dia, aku rasa lain sangat. Serius aku tak pernah rasa macam nie. Dengan yang dulu pun aku tak pernah rasa bahagia nie. Sejak kenal die rasa hidup aku bahagia sangat. Sejak kenal dia.aku tiba tiba rajin nak belajar masak. Rasa happy bila bagi die rasa masakan aku and die kata sedap. Perasaan gembira tu takleh nak digambarkan dengan kata-kata. Dengan dia aku jadi diri aku sendiri. Gelak suka hati xpayah nak cover. Dia selalu buat aku terharu. Walaupun benda tu tak besar mane pun aku terharu sangat. Dengan die semua benda aku excited. Nak pergi kenduri baju sama-sama. Semua benda nak sama.

Kepada awak MOHD SHAHRIZAL HADZIRI

*awak dah berjaya bukak hati saya yang keras nie..walaupun dulu saya selalu cakap saya tak mungkin suka awak dan takkan suka awak. tapi hati saya yang keras nie dah berjaya awak cairkan. Banyak dah awak buat tuk saya kan. Awak selalu ada time saya sedih. Awak selalu gembirakan saya. Saya tak tahu nak luahkan macam mane lagi. Banyak benda saya nak cakap kat awak tapi saya susah nk luahkan..awak boleh rasa kan apa yang saya rasa. Serius saya cakap..saya bersyukur sangat dapat kenal awak

*awak nak tahu kan sejak bila saya suka awak. sebenar saya tak pasti sejak bila perasaan nie timbul. Tapi yang saya pasti saya suka awak sejak awak teman saya pergi layat arwah ayah kawan saya meninggal. Time tu saya dah rasa lain sangat. Yelah time tu kte baru kenal and rapat awak dah sudi temankan saya. Time tu perasaan terharu saya tak boleh nak digambarkan  dengan kata-kata.

*yang buat saya makin suka awak lagi sejak awak sanggup kenal dengan kawan-kawan saya. Awak tahu kan saya pentingkan kawan-kawan saya, saya rasa bahagia bila dapat kenalkan kawan-kawan saya dengan awak. saya pun tak tahu kenapa.

* perasaan saya paling kuat suka awak bila saya tengok awak rapat dengan mak awak. tengok cara awak layan mak awak. susah nak cari lelaki yang rapat dengan mak and selalu kuar jalan-jalan dengan mak. saya Nampak yang awak ni seorang yang penyayang. Saya tak cari lelaki yang sempurna. Saya nak lelaki yang boleh bahagiakan saya dan jaga saya macam mane dia jaga mak dia sendiri. Saya xnk cari laki yang kaya dengan wang ringgit. Saya nak cari lelaki yang kaya dengan kasih sayang. Saya tak pandang paras rupa. Saya Cuma pandang hati. Saya sayang awak..awak selalu cakap saya selalu elak nak ckap pasal benda nie kan.. saya bukan elak..saya Cuma takut je..saya xnak benda lama jadi balik kat saya..secara jujur saya sygkan awak lebih dari saya sygkan kekasih saya dlu. Saya xpernah sygkan orang macam nie..awk la sorang yang saya selalu cerita kat fmily saya..awak sorang je yg saya berani kenalkan awak kat family saya,. Perasaan sayang tak perlu diluahkan melalui kata2..yang penting kita dapat rasa sendiri kan..saya tak harapkan apa-apa..ajal maut semua ditangan tuhan kan..biar masa yang menentukan segalanya. Kalau jodoh kita kuat adalah kan..macam awak cakap..biar hati kita yang setia.,,




psttt...shahrizal hadziri..ni ha..saya dah tulis dah citer pasal awak nie..siap letak nama penuh and pic lagi..heheheee..pasni takyah merungut ye saya x letak nama and pic..dah letak besar2 dah pun...

Sabtu, 11 Ogos 2012

♥ ♥ ♥



Sejak aku dah mula pandai jatuh cinta nie, asik rasa rindu je..heyyy suhaina !!! sejak bila ko pandai rindu-rinduan ni. Sejak bila pulak ko pandai jiwang-jiwang karat ni. Jangan jadi aneh-aneh la suhaina oi..sampai ramai gak mambe2 bbm text aku tanya..eh su..ko sihat ke.sejak bile pndai bercinta cintun nie…
                                                                      ]
                                                                      ]
                                                                      ]
Eeeeee tambiiiiii…..suka hati aku la nak jiwang ke..nak bercinta cintun ke..ape korang susah..hahahaah. setiap orang boleh berubah kan. Dulu aku keras hati, sekarang aku dah lembut hati..hahahah..tapi kan kadang-kadang aku pun pelik gak dengan diri aku nie..sekarang ni aku rasa lain sangat sejak kenal sidia tu. Sejak kenal dia, aku rasa happy sangat. Alhamdulillah.aku bersyukur sebab kenal sidia..dan aku lebih bersyukur sebab ada BFF yang baik macam FNA NINI and EIKA SADARI and HAFIZ ZAIN. Sebab korang aku dapat kenal sidia.. Terima Kasih BFF…luv u all…pada sidia RSS…wink2

Khamis, 9 Ogos 2012

imy

I

M
I
S
S

Y
O
U


i-m-i-s-s-y-o-u-k-e-t-a-t-k-e-t-a-t






Selasa, 7 Ogos 2012

i luv u

saya susah nak luahkan perasaan
jadi saya luahkan kat blog saya jelah erk

awak selalu saya tanya depan2 kan..
and tiap kali awak tanya saya mesti mengelak.
saya malu nak cakap...haahha

ye saya suhaina suka awak..suka sangat2...(malu)

pstttt : kalau awak baca.. bbm saya cepat ye incik tunang

Isnin, 6 Ogos 2012

khas untuk sidia

susah kan kita nak luahkan perasaan..
dah luah rasa malu and sebak pulak..
jujur...saya terharu dengan apa yang awak dah buat untuk saya..
walaupun saya tak tunjuk awak boleh nampak kan dari gerak geri saya..

terima kasih sebab sudi jadi pendengar terbaik saya
terima kasih sebab sudi jadi teman terbaik saya
terima kasih sebab selalu buat saya ceria.

insyaallah...kalau ada jodoh kita..saya akan tunaikan janji saya kat awak..
kita kena berusaha untuk jadi yang terbaik antara satu sama lain..
kita kena sama-sama dapat restu keluarga dulu..
RSS awak...

Khamis, 2 Ogos 2012

biar masa yang menentukan segalanya


Assalamualaikum
Salam ramadhan untuk semua. Rasanya tak terlewat untuk aku ucap selamat berpuasa pada korang semua kan.hehe..alhamdulillah,sekarang dah masuk 13 ramadhan.pejam celik pejam celik  tak sampai 3 minggu kita semua akan menyambut hari raya. Yehaaaa….tak sabar pulak nak raya kan.hehe..macam mane dengan terawih korang semua.ada buat x..heehee..tahun ni aku hanya berkesempatan buat terawih kat rumah.itu pun 2 kali.heeeeeee jadi la kan dari aku takde buat langsung.betol x?

Heeee…eh jap nak tanya..macam mane dengan persiapan raya korang..semua dah ready ke?baju raya dah beli ke?kaler ape tahun nie?kuih raya tempah ke or buat sendiri?ehhh..banyak lak kan aku tanya kan..hahaah..peduli pe aku..aku punya suka la nak tanya kan..blog aku jadi suka hati mak tiri aku la nak taip ape.ye tak?hahaha…ok tahun ni raya aku rasa macam terlebih excited pulak…sebab apa?korang tahu x sebab apa aku terlebih excited nie?heeee..mane leh bagitahu..rahsia Negara nie..kuikuikui..tahun nie aku cadang tema aku nak cari baju grey..tapi sampai sekarang tak jumpe lagi baju light grey..harap1 dapat la cari.kalau tak macam tak best je aku raya..hmmmmmmm.

Eh aku rasa kan aku ni dah merapu panjang sangat ni.sebenar ye entry ni bukan aku nak citer pasal puasa ataupun raya.heeee….entry ni aku nak citer pasal something yang sangat special bagi aku. Ok, aku sebenarnya pun tak tahu nak start dari mana mukadimah cerita aku ni. Serius rasa kosong lak nak wat entry ni padahal nak citer panjang tapi bila dah nak menaip otak jadi KOSONG dah macam lagu najwa latif la pulak. Kosong. Kosong .kosong.ahaks..

Aku mula start cerita dari sini…korang penah tak alami satu perasaan yang korang takleh nak ungkap melalui kata-kata. Contoh..korang rasa bahagia yang teramat sangat sampai tak terluah dari mulut and korang tak dapat nak gambarkan perasaan gembira korang tu..adeh..camne erk aku nak explain..haha..susah la pulak…ok la..aku citer dari mula…aku ada kenal someone nie..mula kami kenal biasa-biasa aje..takde yang best pun kami kenal nie..dari kawan yang biasa-biasa aja..sembang pun melalui MUKABUKA je..takde masa eh nak mintak ni telefon bagai. Ntah macam mana pas kami pergi bercuti kat satu tempat..hubungan kitorang jadi makin rapat..tapi jangan salah faham la..rapat sebagai kawan baik je and tak lebih dari tu. Mana-mana kami pergi mesti berdua.selalu kongsi masalah sama-sama..semua ye sama-sama. Aku beruntung sangat dapat kenal die ni sebab apa..dalam hidup aku ni, aku tak pernah jumpa orang yang banyak giler persamaan dengan aku. Sampai ada satu tahap aku dah boleh paham die macam dah kenal bertahun-tahun. Die pun boleh paham isi hati aku tanpa aku cakap pun.bagi aku itu sangat AMAZING..sebab apa..aku tak tahu nk ungkapkan dengan kata-kata yang macam mana.

Korang semua nak tahu tak..kami selalu fikir and cakap benda yang sama dalam satu masa. Kadang- kadang aku rasa pelik sangat..kenapa banyak sangat persamaan kami ni. JODOH ke..entahlah..aku tak berani nak cakap lebih..sebab ini semua kerja ALLAH. Aku tak berani berharap untuk satu benda tak pasti. Benda paling yang kelakar ye ramai dah salah paham dengan perhubungan kami  nie…bukan orang je yang salah faham kadang-kadang kami sendiri pun boleh salah faham tentang perhubungan kami ni. Kadang-kadang kami nie dah macam adik beradik. Kadang-kadang pulak dah macam kawan baik yang dah kenal dari kecik and kadang-kadang jugak dah macam pakwe makwe pun ada..yes  hubungan kami memang mesra and rapat..aku harap sangat kami dapat kekalkan persahabatan kami ni..sebab apa..sebab aku sayang sangat dengan persahabatan yang kami jalinkan ni.

Pernah gak timbul satu isu nie..ramai kawan-kawan aku tanya..korang ni bukan kawan baik kan..korang bercinta kan..eh…tak la wei..serius aku dengan dia hanya kawan baik aje…dah berjuta kali aku nafikan tetap gak dorang tak percaya..dorang semua siapkan keluarkan teori- teori yang mengatakan cara kami ni sebijik macam orang bercinta..entah la..susah nak tutup mulut orang kan..Cuma aku harap doa semua untuk perhubungan kami ni. Ada gak orang cakap perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan baik sebab nanti akan timbul perasaan lain. Kalau dulu aku memang bangkang betol orang cakap macam nie tapi sekarang aku rasa macam betol gak ape yang orang cakap nie..hahaha..entah la..aku tak harap yang lebih2 pun..aku Cuma berharap satu masa nanti. Aku nak perhubungan aku direstui oleh semua orang..mesti best kan…kalo satu perhubungan tu direstui oleh semua orang termasuk family and kawan-kawan semua. Aku berpegang pada satu ayat ni “kalau ada jodoh tak kemana “. Aku percaya pada takdir ALLAH. Biar masa yang menentukan segalanya..ye aku mengaku aku sayang dia..dan dia jugak ada rasa yang sama macam aku.Cuma kami tak berharap yang lebih2 untuk satu perhubungan sebab kami dah selesa menjadi kawan BAIK…kalau ada jodoh ada la kan…hehehhe…

Pada Sidia – ingat perkataan RSS ok..hehe

Jumaat, 15 Jun 2012

jalan2 cari pasal :D


tak tahu nak citer ape jadi aku kongsikan gambar saja




















Ahad, 27 Mei 2012

jalan2 with BFF


Alhamdulillah…sekarang ni ramai dah sahabat handai aku menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumahtangga..ada jugak kawan-kawan aku yang bakal melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat ini..tumpang gembira untuk mereka semua..hehehehe…tengok kawan-kawan yang dah mula berumahtangga ni ada gak la sedikit perasaan cemburu..yelah muda-muda dah kahwin kan..aku…hehe..masih menunggu dan terus menunggu

Ok..nak dijadikan cerita dua minggu ni aku sangat busy hadirkan diri kat majlis kawin kawan aku..hari nie pun tadi aku pergi majlis perkahwinan kawan aku a.k.a  Ketua Pelajar SMK Seri Bedena iaitu IJAM dan pasangan ema..hari nie banyak jugak la kejadian yang lucu2 yang buat aku tergelak tak ingat dunia..mula2 aku nak cerita part masa kat kenduri kahwin. Tengah syok2 sembang dengan kawan-kawan dengar r bunyi kompang..jadi aku dgn ros,amy and shah terus lah pergi kat depan pelamin kami betol2 taw duduk kat khemah pelamin tu..kami nie tertoleh-toleh gak la cari mana pengantin ijam dengan ema sabab Cuma Nampak akak ijam aje yang bersanding..cari punya cari rupa ye pengantin ijam and ema ada je kat sebelah aku..aku tak tahu la camane aku ros n shah boleh tak nampk pengantin tu..padahal punya la besar de kat tepi aku..pastu boleh lak dengan selamba badak aku menjerit nama ijam kuat2..tak pasal2 isteri die pandang aku semacam je.

Part kedua yang kelakar pulak time aku nak balik and salam dengan mak pengantin..time tu mak pengantin boleh terlupa nk bagi ole-ole tapi aku tak kesah la kan..tapi si shah la yang baik hati menunggu and tolong amikan tuk aku..aku dengan tiqah dah terkejut beruk tengok shah boleh buat macam tu..memang sempoi giler la..time tu aku dah gelak terduduk-duduk dah.pastu kami leh lak sempat amik pic at pintu gerbang.time tu buat mcm pintu gerbang tu macam kami yang punye je..

Pas kami dah balik si shah tibe-tibe cakap “korang jom la tangkap pic kat tempat lain pulak “ !!!!aku dengan tiqah dah terkejut beruk la pulak..aku and tiqah terus cakap “eh sejak bila lak dak nie minat tangkap pic nie”kami pun layankan aje la sebab dah lama tak tangkap pick an..aku pun bagi la idea suh tangkap pic kat Pantai muara je. Masa dalam perjalanan kat sana pun banyak kali gak la shah terlepas jalan..tengok gaya dia macam tahu je kat mana tempat ye..hhahaha..
Dah sampai kat muara kami dah mula la snap2 pic…serius macam budak tak pernah jumpa kamera je..macam2 gaya yang ada..hehe…tapi jujur memang aku happy giler la..tq BFF buat saya happy..kat bawah ni aku paparkan pic yang aku dengan kawan-kawan baik aku amik smlm