Jumaat, 26 Ogos 2011

Rabu, 24 Ogos 2011

kuih raya cornflakes


mood raya dah makin berkobar-kobar,semangat nak buat biskut raya sangat meluap-luap macam tumpuhan lava gunung berapi..tapi masalah ye pandai ke aku nak buat biskut raya nie?eh..nie suhaina la...takkan la setakat nak wat biskut raya pun tak reti..hehe..petang tadi dalam sejarah hidup aku first time aku wat biskut raya taw..emmm sodap...aku buat biskut cornflakes je coz bahan n cara nak buat senang.pejam mata pun dah leh ciap taw.hehe



bahan-bahan buat cornflakes


setelah siap digaul
cer tengok warne ye
cantik kan..rasa nak makan jew


menunggu masa tuk dibakar
warna keemasan


dah ciap tuk di makan

alahai..comel tomel tomei



cantik kan orang kat pic kat atas nie
aku suke sangat tengok gambar  si 
IRINE NADIA MARCELLO
comel sangat rasa nak cubit-cubit je pipi si irine
kalau nak taw lebih lanjut pasal irine korang 
boleh tengok kat blog dia klik sini,...:-)

dunia blogger

Assalamualaikum

 Yeahhhh..hari nie aku ada mood nak update blog aku yang dah lama tak dijenguk. Cewwwaaaaahhhhhhh..padahal baru-baru ni ade je update post baru. Eh, raya dah nak dekat la kan. Tak sabar aku nak makan ketupat rendang nie. Hari perayaan jelah yang  dapat makan..hehe. cian kan aku.
Kejap-kejap..aku nak tanye korang satu soalan nie. Sejak bile korang mula berjinak dengan dunia blogger nie. Yelah, saja jelah aku nak jadi mamarazi nak taw.hehe.

Aku? Aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogger nie sejak aku masuk unisel. Ini semua jasa housemate aku si FIT tu la. Dia la yang kenalkan aku dengan dunia blogger nie.  Mula-mula aku memang tak minat dengan blog nie. Yelah aku nie mana la pandai sangat nak buat ayat nie. Buat ayat tunggang terbalik aku reti la..hehe. Tapi lama-lama aku tengok FIT asyik update blog die aku rasa macam best je. First time aku ingat nak wat blog nie susah tapi rupe-rupanya senang je. Nampak sangat aku buta it dulu kan.hehe.

Aku ingat lagi masa sem 3 aku dengan IFA try buat blog..sampai subuh tak tidur sebab nak mencantikkan blog. Time tu aku dengan IFA la,beriye-iye benar mengodek-godek, sampai kami berlawan blog mana yang paling maju..haha.letak pic punya la banyak,dengan lagu lagi  pastu letak glitter-glitter. Memang serabut bak kate si FIT. Yelah, mula-mula buat blog semangat ye lain macam taw. Kalau boleh 24 jam nak online nak cantikkan blog je. Kalau boleh hari- hari nak update blog,kalau tak bukak blog rasa hidup macam tak sempurna,bagaikan hari yang  tiada seri.hehe. Padahal takda benda yang menarik pun nak citer kat blog. Kalau ada pun benda nak citer,semua citer bodoh-bodoh je..ayat pendek-pendek je contoh ye macam “hari nie saya pergi kelas.bosan sangat”..pastu “tadi pergi cafe.hari-hari makan ayam,jadi jemu taw”. Boleh lak kan macam tu aku update blog . Teringat balik memang aku rasa malu sangat.hehe

Tapi itu dulu la, sekarang nak log in blogspot pun payah. Nak update post baru lagi la malas. Sampai blog bersawang-sawang pun malas nak update. Haha..nasib la  kan dapat tuan belog yang malas nak update blog.boleh lak macam tu..hehe..tapi secara jujur nak berterima kasih jugak kat FIT sebab telah memperkenalkan aku dengan dunia blogger nie. Bagi aku blog aku nie ibarat kan seperti diary, sebab aku boleh meluahkan ape saja yang terbuku dalam hati aku. Aku tak harapkan follower yang banyak tuk follow aku,sebab aku malu dan Aku cuma hanya nak bercerita pasal hidup aku je kat dalam blog aku nie. Hanya itu aje.tiada yang lain. Sekian Terima Kasih… ADIOS

Isnin, 22 Ogos 2011

jolan-jolan



Tengok kat fb,blog,twitter,semua orang tengah sibuk update status cite pasal shopping raya.huhu. eh ingat korang je ke yang pergi shopping ha. Aku pun pergi jugak taw. Tapi aku tak la pergi shopping kat tempat yang femes2 and ramai orang macam jalan tar,TS,Mid and Pavilion, aku cume pergi dekat sunway pyramid and PKNS jew. Pergi kat situ pun dah ramai orang and letih nak mampus aku berjalan, ni kan lagi kalau aku pergi dekat jalan tar.memang kompom pengsan aku kat sane nanti.hehe.

Masa kat sunway memang banyak tol benda kelakar yang jadi kat kiteorang taw.haha.lebih-lebih lagi aku la.tengok budak2 makan aiskrim pun sampai meleleh air liur aku.hehe. aku nie dah la iman lemah kalau bulan puasa nie,cepat sangat tergoda dengan makanan. And paling aku tak puas hati si hafiz,tikah and aini saje je bawak aku lalu kat tempat makanan.pastu siap perli aku lagi, “su taknak singgah beli burger king ke”. Time tengah shopping aku n tiqah and aini memang dah tak larat sangat nak berjalan dah tapi si hafiz lak yang excited masuk semua kedai. Die lak yang lebih-lebih dari kiteorang. first time la aku tengok laki suka pergi shopping. And paling tak leh boleh lupe ye kiteorang semua lupe nak kunci kete ye. Pergi kat kete je bukak pintu semua pandang satu sama lain.eh pintu tak kunci la,semua cakap spontan. N pastu terus sume gelak-gelak, nasib baik la tak hilang kete ye.hehe.




eika,aku and aini


 muka tahan lapar


snap2

  
eika dan kekasih hati hafiz

Jumaat, 19 Ogos 2011

saya menang motor


Tahniah !!!!
SUHAINA SAMSUDIN !!! Anda telah memenangi peraduan teka tepat
Anda telah mendapat hadiah utama iaitu TOPUP 10 ringgit  (muka bangga)

                                    ********
Bukak-bukak je fb aku tengok mambe aku wat peraduan teka tepat dan  menang. Soalan yang diberikan amat susah sekali. Orang yang ada PHD pun tak leh jawab  pun. Nak taw apakah soalan ye?apa maksud FAFAFO…haha..korang taw tak..mesti tak tahu kan. Hanya aku je dapat teka dengan betul taw.hehe. padahal aku saje-saje je teka.tak sangka menang. First time masuk peraduan terus menang wei( peraduan la sangat)..bertuah wei. Betul la pepatah melayu berkata “ tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia takde siapa yang tahu”. Walaupun hadiah die topup 10 ringgit je..aku bangga taw. Bukan senang nak dapat topup free.hehe

                                     ********

Ucapan pemenang utama, SUHAINA SAMSUDIN, sila berikan ucapan anda :-

 Assalamualaikum..pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu  CIK SITI FARIDAH HARUN kerana membuat peraduan ini. Saya sebenar ye tidak sangka dapat memenangi hadiah utama ini. Saya sangat terkejut dengan kemenangan ini. Memang sudah rezeki saya. Tidak dilupakan juga kepada Family saya kerana memberi semangat kepada saya untuk memasuki peraduan ini dan tidak lupa juga pada pengundi – pengundi saya. Tanpa anda semua saya tidak akan menang. Tanpa anda semua siapalah saya. Jasa kalian amat dihargai. Terima kasih semua. Sayang u all semua.

( ucapan bajet menang AKADEMI FANTASIA JEW)

Khamis, 18 Ogos 2011

orang tak berdosa menjadi mangsa


Aku tak tahu la apa  nak jadi zaman sekarang nie. Banyak betol kes-kes simbah asid. Aku rasa macam dah tak selamat je kalau nak keluar. Hari-hari aku baca paper mesti keluar cerita pasal orang kene simbah asid. Yang kesian ye orang yang kene tu xkira siapa..aku harap sangat pihak polis cepat la tahan orang yang suka simbah asid tu. kecian dengan orang yang tak bersalah menjadi mangsa orang yang tak berakal tu.

Isnin, 15 Ogos 2011

ilusm..m..m


Assalamualaikum

Korang pernah tak alami, time korang syok tengah tidur tiba-tiba nset korang berbunyi. Korang tengok nombor kat nset,nombor yang tak dikenali. Korang angkat kemudian ade orang cakap "  SUHAINA I LOVE U SO MUCH...MUAH..MUAH... kemudian terdengar bunyi tuuuutttttttttt. panggilan dimatikan. Pelik kan tapi benda tu la yang aku alami malam tadi..Sampai sekarang aku masih fikir sapa la yang col aku dan cakap macam tu

Ahad, 14 Ogos 2011

happy dapat baju raya free


Hari ni saya dapat baju raya free dengan design baju yang sangat cantik..Terima Kasih  kepada ENCIK A sebab hadiahkan saya baju..Sangat suke dengan baju tu..:)

Khamis, 11 Ogos 2011

takde tajuk


Assalamualaikum

Alhamdulillah.pejam celik pejam celik dah 11 hari umat islam berpuasa. Macam cepat sangat je masa berlalu. Aku rasa macam semalam je aku berpuasa(ayat skema) hehe, tup tup aku da 11 hari menunaikan rukun islam yang ke-3. Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi tak pernah ponteng puasa. Biasa la kan, nama pun perempuan, mana ada yang puasa penuh.hehe. Lagi 19 hari dah nak raya dah,persiapan raya banyak lagi tak buat. Suka sangat buat persiapan last mnt. Suhaina suhaina suhaina,apa la nak jadi dengan kau nie.

Banyak-banyak hari aku berpuasa, hari nie la yang banyak menggugat iman aku tuk teruskan puasa. Mana tak ye 1 hari suntuk aku teman kawan aku si Intan  pergi hantar kad kahwin dia. Rupa ye susah jugak ye nak uruskan persiapan kahwin lagi-lagi bila bulan puasa. Banyak benda kena buat. Memang betul-betul menguji tahap kesabaran.hehe. Mula-mula intan pergi amik aku kat rumah coz aku malas betol nak pergi keluar naik motor. Lepas intan dah pergi amik aku kitaorang terus pergi kat JPS coz nak pergi hantar kad kat cik eika. Lama jugak la kitorang lepak kat sana macam dah setahun tak jumpa je, padahal baru je minggu lepas lepak sama-sama.

Misi seterusnya kiteorang pergi kat CC coz intan nak print kad untuk majlis dia tu . Lama jugak la lepak sana coz kawan aku si bee kebetulan kerja kat situ. Memang kecoh la CC dengan suara kiteorang. tak padan dengan bulan puasa,mulut tetap kecoh.hehe.Tengak syok-syok bercerita tibe-tiba si bee bukak topic pasal kahwin.

Bee : sue ko bila lak nak kawin
Aku : ada jodoh aku kawin la,tak jumpa lagi calon yang sesuai. Kalau dah ade aku bagi ko kad kwin aku ye..hehe..ko bile pulak?
Bee : aku tunggu ko..ko nie jual mahal sangat ngan aku..:(
Aku : haha..ko masuk islam baru leh kahwin dengan aku. Mak aku tak bagi kawin dengan cina kecuali kalau ko da masuk islam.hehe
Bee : ko dah ade calon ke?
Aku : banyak calon tapi semua sebaya dengan dak bawah umur.sedih aku..hehe
Intan : pilih yang lebih tua
Aku : memang la nak cari yang lebih tua tapi susah.
Bee : ko nak tua bape tahun
Aku :3 ke 4 tahun la.ko de calon tuk aku tak..haha
Bee : ada..aku..aku kan lebih tua dari ko. Hehe..sesuai kan.
Aku : ceh..tak nak aku dengan ko.
Intan : kalau boleh cari yang lebih tua kalo sebaya memang susah la wei.banyak masalah nanti
Bee : betul.aku setuju..ko amik aku je sue
Aku : emmmmmmmmm…hehe

Dorang nasihatkan aku kalo nak cari calon cari la yang lebih tua coz kalau sebaya memang banyak masalah nanti. Bee  pun sama pendapat dengan intan. Lagi satu dorang nasihatkan jangan kahwin awal sangat. Huhu.cari dwet..beli rumah beli kereta baru pikir pasal kahwin. Ok boss.saya dengar nasihat boss.hehe

Dah penat lepak kat CC kiteorang teruskan perjalanan kiteorang hantar kat jemputan kat kawan – kawan kiteorang yang lain. 1 rumah 15 hingga 30 minit kiteorang lepak. Memang letih gila la. Kalau bukan bulan puasa memang dah lama aku minum air. Dengan cuaca yang panas terik betul-betul melemahkan aku. Aku sampai rumah pun dah nak dekat pukul 4.30. sampai-sampai rumah je aku dah kena tolong mak masak untuk berbuka. Penat.penat dan penat. Menu berbuka puasa aku macam biasa mesti ada lauk ayam dengan sambal belacan. Kalau takde memang aku takde selera la nak makan. Entah kenapa la sekarang nie aku tak boleh nak makan ikan. Kalau makan mesti nak muntah. Sungguh mengada tol tekak ko nie sue. Emmm…nak taip ape lagi ye..huhu..dah takde idea..ok la..bye2


  

Selasa, 9 Ogos 2011

berbudi bahasa la sikit,budi bahasa budaya kita


Hari nie mood aku baik nak bawak anak buah aku pergi jalan-jalan cari baju raya,tudung raya,kasut raya semua keperluan raya la.Tapi aku Cuma bawak cari je tapi tak beli pun.haha.maaf ye “ahan”.. “maksu” takde duit nak belikan.Tunggu “maksu ”dah keje dan dapat suami kaya baru “maksu” belanja.okies..

Tengah syok-syok aku jalan-jalan dan pergi usha baju,semakin rambang mata aku tengok.cantik-cantik ye baju.kalau la aku ada duit memang dah lama aku beli. Pasnie aku kena la mulakan misi mintak duit kat abang-abang aku.hehe.apa guna ada abang banyak kalau takleh bagi adik duit kan.kan.

Tapi kan disebabkan 1 perkara ni mood aku nak teruskan perjalanan nak cari barang terbantut. Ini disebabkan ada la sorang mamat yang bajet encem tu suka-suka je terlanggar aku sampai terjatuh..oit,aku tau la badan aku kecik and badan ko besar tapi takkan la ko tak nampak badan aku kat depan ko.Dah la ko terlanggar aku sampai jatuh pastu boleh lak ko pergi gelakan aku pastu leh lak ko cakap aku jatuh macam nangka busuk.

Ee.ada gak ye orang macam ko kat dunia nie. Sudah la buat  salah dengan aku tak mintak maaf pastu boleh lak gelakan aku lagi. Ko memang nak cari nahas kan. Aku tengok ko macam kecik besar kecik besar je. Nasib baik la bulan puasa dan ramai orang kat situ kalau tak memang dah lama aku maki hamun ko pastu aku ganyang ko cukup-cukup. Tak guna la muka ko handsome tapi takde adab and budi bahasa.  Kalau la aku jumpa lagi ko  kat sungai besar memang kena la ko. And lagi 1 takde maaf bagimu!!!!

Di sebabkan malu yang terlampau aku tak teruskan plan aku, kesian pulak aku dengan anak buah aku. Aku dah janji nak bawak dia pergi beli buku last-last aku terus je bawak dia balik. Takpe nanti maksu belanja beli buku banyak-banyak.

Khas buat mamat bajet
Budi bahasa budaya kita..dah buat salah
Sila minta maaf.

Isnin, 8 Ogos 2011

Air mata

Air mata kerana sahabat 1 PENGORBANAN
Air mata kerana  ibu bapa 1 PENGHORMATAN
Air mata kerana kekasih 1 PENYESALAN
Air mata kerana Allah 1 KEBERKATAN



marilah kita sama-sama
renung-renungkan


Ahad, 7 Ogos 2011

Kelebihan solat terawih


1.Malam Pertama
* Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
* Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan Solat Terawih serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

3 . Malam Ketiga
* Para malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan Solat Terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
* Orang -orang yang mengerjakan Solat Terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
* Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
* Alalh SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan terawaih malam itu.

7. Malam ketujuh
* Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman

8. Malam Kelapan
* Allah  SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat terawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibarahim a.s.

9. Malam Kesembilan
* Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya Nabi Muhammad s.a.w

10. Malam Kesepuluh
* Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
* Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
*Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat terawih serta ALLAH SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
* Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam keenambelas
* Allah  SWT menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
* Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
* Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah  sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu ( yang masih hidup atau yang sudah mati)

19. Malam Kesembilanbelas
* Alalh SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdausi.

20. Malam Keduapuluh
* Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
* Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam keduapuluh dua
* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
* Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
* Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh Lima
* Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam keduapuluh enam
* Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih  pada malam tersebut.

27. Malam keduapuluh tujuh
* Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28.  Malam Keduapuluh lapan
* Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan 
* Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam ketigapuluh
* Allah SWT akan memberik penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : wahai hambaku! makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama  salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

Unisel oh unisel


Semalam setelah lama aku meninggalkannya dalam hidupku
buat sekelian lamanya,akhirnya aku menjejak kan kaki aku kat UNISEL
padahal baru berapa bulan aku tinggalkan UNISEL yang tercinta ni
sebenarnya aku tak saspek(ayat polis) pun nak pergi UNISEL semalam
tengah syok aku tergolek-golek kat atas katil tiba-tiba kawan aku
cik ros suruh aku hantarkan dia kat UNISEL dengan akmal
aku yang memang da rindu sangat nak pergi UNISEL
tersangat la excited bersiap punya la awal coz dorang janji 
nak amik aku pukul 10.30 pagi tapi biasa la kan janji 
melayu pukul 11.30 barulah dorang terpacak kat depan
rumah aku.Ikutkan hati nak je marah(marah sayang) tapi tak jadi
la pulak sebab aku teringat pesanan mak aku

"Tak baik marah-marah bulan puasa,nanti amalan puasa kurang"

hehe.baik kan aku dengar nasihat mak padahal aku memang
takleh nak marah ros dengan si akmal tu sebab perangai 
dorang sama-sama gila-gila macam aku nie.
Tak banyak sangat la perubahan yang aku nampak kat UNISEL
yang aku nampak 2 je perubahan kat UNISEL

1 - Cafe dah makin cantik,bersih dan teratur.mambe-mambe aku cakap
cafe unisel da tukar orang melayu yang jaga.Dah takde dah makanan-makanan
mamak lagi.Tapi yang wat spoil ye harge makanan dah makin mahal 
kat cafe.Tu yang buat tak ramai orang makan kat cafe.Rasa 
makanan pulak aku tak taw la sedap ke tak coz tak sempat nak tanya.

2 - perubahan ke-2 pulak aku nampak student UNISEL dah tak 
ramai la.Macam da pupus je,aku tengok Hostel banyak yang kosong.
Kemana ye budak2 tu menghilang.takkan la extend study macam 
aku gak kot.hehe..maybe sebab sekarang UNISEL banyak
masalah tu yang ramai sangat student cabut kot.
pandai-pandai aku je kan nak buat andaian sendiri.

Berbungabunga


Tiba-tiba hati rasa macam berbunga-bunga cinta la pulak
sama macam lagu Misha Omar tu "Bunga-bunga cinta layu di pusara"
ohhh.. Tidak!!! taknak la layu dipusara
kalau boleh aku nak la cinta aku mekar semekar mekarnya
seperti mekarnya bunga di taman bunga
cewahhh!!!perasan sungguh ko sue
Cinta datang dan pergi.Kalau boleh aku nak la
cinta aku sentiasa datang.datang dan terus datang
tak nak la cinta aku pergi..nanti aku bosan

Mood : DILAMUN CINTA

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jumaat, 5 Ogos 2011

OMG..dia komen...:)


Assalamualaikum

mood sekarang nie sangat la happy
sebab AZAM PITT komen POST aku KAT FACEBOOK
aku minat giler r dia sekarang nie..haha
KOMPOM MALAM NIE AKU TAK DAPAT TIDUR





sampai sekarang masih tak percaya lagi..:)

Khamis, 4 Ogos 2011

Keistimewaan bulan ramadhan


1. Bulan Agung yang penuh dipenuhi dengan pelbagai jenis ibadah (puasa,terawih,sedekah dan sebagainya).

2. Bulan keampunan,rahmat,keberkatan dan janji perlepasan dari api neraka.

3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat,taubat,doa dan sebagainya serta dapat memupuk sifat-sifat mahmudah.

4. Bulan Lailatul Qadar,malam yang lebih baik daripada seribu malam.

5. Bulan Al-Quran  mula diturunkan.

6. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu

8. Bulan pahala setiap ibadah dilipatgandakan.

9. Bulan untuk bersedekah yang paling afdal atau utama.

Lima tanda orang yang diterima solatnya


Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama.Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya.Namun jika solat kita jelek,maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani.

Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir,apakah solat kita diterima di sisi -Nya ? Dan seperti apa tanda -tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.

Pertama
Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap.
Kerana itu,sebelum solat,yang harus ditata terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon. Bila dahan ye rindang,burung-burung pun senang  hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain didalamnya.

Kedua
Orang yang tidak menyombongkan diri kepada makhluk ALLAH. Rasa tawadhu' dengan sendirinya menghilangkan sikap angkuh dan sombong kepada sesama makhluk. Kekuasaan yang ada di genggamannya tidak menyebabkan dirinya lupa daratan lalu  berbuat sewenang-wenang kerana ianya sedar bahawa kekuasaan adalah amanat ALLAH.
Orang yang diterima solatnya adalah orang yang tidak menyombongkan dirinya kepada siapa pun.Meskipun ia kaya,pandai dan berkuasa.

Ketiga
orang yang tidak mengulangi  maksiat kepada ALLAH. Dalam hidup,sekali kita pernah terjebak dalam kubangan dosa. Mungkin dulu ada diantara kita pernah menipu ataupun mencuri.Kenanglah perbuatan masa lalu sebelum solat. Lalu lakukan solat dengan hati taubat dan siap menghadap kepada-Nya.
Menangis dan mengemislah kepada ALLAH memohon keampunan terhadap gulungan ombak dosa seraya berucap "astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah" usai solat, dan jangan ulangi maksiat yang  pernah dilakukan.

Keempat
Orang yang mengisi sebahagian siangnya dengan berzikir kepada ALLAH. Waktu bagi orang mukmim,amatlah berharga. Sebahagian dari detik-detiknya ia lakukan dengan bersujud kepada ALLAH SWT.

Kelima
orang yang menyanyangi orang miskin,orang yang dalam perjalanan,isteri yang ditinggalkan suami dan mengasihi orang yang menerima musibah. Solat yang dilakukan berbekas dalam kehidupan manusia yang berkasih sayang antara satu sama lain.

Bila kelima ciri  orang yang diterima solatnya ini telah dipenuhi, Maka kata ALLAH :

"Cahayanya bagaikan cahaya matahari. Aku lindunginya dengan kekuasaan-Ku. Aku perintahkan malaikat menjaganya. Aku jadikan cahaya dalam kegelapannya. Aku berikan ilmu terhadap ketidaktahuannya.Perumpamaannya dibandingkan dengan makhluk -Ku yang lain adalah seperti  perumpamaan Firdaus di syurga."

Rabu, 3 Ogos 2011

Rahsia ciuman suami


Assalamualaikum

Tajuk entry kali ini khas ditujukan kepada pasangan yang sudah berkahwin...pada yang belum berkahwin pun boleh jugak kalau nak baca sebab ini semua adalah ilmu..haha...ilmu ke...NO KOMEN...ilmu la sebab semua orang akan berkahwin..termasuk aku pun akan kahwin jugak...haha..tak sabar gilew nak kahwin dengan abg doktor..awww...gatal sangat kau sue...doktor la sangat...Rahsia Ciuman Suami...tajuk yang menarik kan..hehe..aku dapat tajuk nie pun pas aku terbaca kat satu laman web nie...macm menarik kalau aku kongsi kat blog aku...bukan bermakna aku nie nak gatal berkahwin ye cuma aku nak berkongsi  jew...:)

Suka cium dahi isteri  = Suami yang romantis

Suka cium pipi isteri  = Suami yang penyayang

Suka cium  mulut isteri  = Suami yang gelojoh

Suka cium tengkuk isteri  = Suami yang mata keranjang

Suka cium telinga isteri  = Suami yang sensitive

Suka cium leher isteri  = Suami yang  penyabar

Suka cium tangan isteri  = Suami yang hipokrit

Suka cium ketiak isteri  = Suami yang menerima isteri seadanya

Suka cium kaki isteri  = Suami yang menghormati isterinya

Tidak suka cium anggota badan isteri  =  Suami yang mementingkan diri sendiri