Ahad, 7 Ogos 2011

Kelebihan solat terawih


1.Malam Pertama
* Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
* Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman yang mengerjakan Solat Terawih serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

3 . Malam Ketiga
* Para malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan Solat Terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
* Orang -orang yang mengerjakan Solat Terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
* Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
* Alalh SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan terawaih malam itu.

7. Malam ketujuh
* Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman

8. Malam Kelapan
* Allah  SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat terawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibarahim a.s.

9. Malam Kesembilan
* Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya Nabi Muhammad s.a.w

10. Malam Kesepuluh
* Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
* Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
*Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat terawih serta ALLAH SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
* Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam keenambelas
* Allah  SWT menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
* Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
* Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah  sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu ( yang masih hidup atau yang sudah mati)

19. Malam Kesembilanbelas
* Alalh SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdausi.

20. Malam Keduapuluh
* Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
* Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam keduapuluh dua
* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
* Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
* Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh Lima
* Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam keduapuluh enam
* Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih  pada malam tersebut.

27. Malam keduapuluh tujuh
* Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28.  Malam Keduapuluh lapan
* Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan 
* Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam ketigapuluh
* Allah SWT akan memberik penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : wahai hambaku! makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama  salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan