Khamis, 11 Ogos 2011

takde tajuk


Assalamualaikum

Alhamdulillah.pejam celik pejam celik dah 11 hari umat islam berpuasa. Macam cepat sangat je masa berlalu. Aku rasa macam semalam je aku berpuasa(ayat skema) hehe, tup tup aku da 11 hari menunaikan rukun islam yang ke-3. Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi tak pernah ponteng puasa. Biasa la kan, nama pun perempuan, mana ada yang puasa penuh.hehe. Lagi 19 hari dah nak raya dah,persiapan raya banyak lagi tak buat. Suka sangat buat persiapan last mnt. Suhaina suhaina suhaina,apa la nak jadi dengan kau nie.

Banyak-banyak hari aku berpuasa, hari nie la yang banyak menggugat iman aku tuk teruskan puasa. Mana tak ye 1 hari suntuk aku teman kawan aku si Intan  pergi hantar kad kahwin dia. Rupa ye susah jugak ye nak uruskan persiapan kahwin lagi-lagi bila bulan puasa. Banyak benda kena buat. Memang betul-betul menguji tahap kesabaran.hehe. Mula-mula intan pergi amik aku kat rumah coz aku malas betol nak pergi keluar naik motor. Lepas intan dah pergi amik aku kitaorang terus pergi kat JPS coz nak pergi hantar kad kat cik eika. Lama jugak la kitorang lepak kat sana macam dah setahun tak jumpa je, padahal baru je minggu lepas lepak sama-sama.

Misi seterusnya kiteorang pergi kat CC coz intan nak print kad untuk majlis dia tu . Lama jugak la lepak sana coz kawan aku si bee kebetulan kerja kat situ. Memang kecoh la CC dengan suara kiteorang. tak padan dengan bulan puasa,mulut tetap kecoh.hehe.Tengak syok-syok bercerita tibe-tiba si bee bukak topic pasal kahwin.

Bee : sue ko bila lak nak kawin
Aku : ada jodoh aku kawin la,tak jumpa lagi calon yang sesuai. Kalau dah ade aku bagi ko kad kwin aku ye..hehe..ko bile pulak?
Bee : aku tunggu ko..ko nie jual mahal sangat ngan aku..:(
Aku : haha..ko masuk islam baru leh kahwin dengan aku. Mak aku tak bagi kawin dengan cina kecuali kalau ko da masuk islam.hehe
Bee : ko dah ade calon ke?
Aku : banyak calon tapi semua sebaya dengan dak bawah umur.sedih aku..hehe
Intan : pilih yang lebih tua
Aku : memang la nak cari yang lebih tua tapi susah.
Bee : ko nak tua bape tahun
Aku :3 ke 4 tahun la.ko de calon tuk aku tak..haha
Bee : ada..aku..aku kan lebih tua dari ko. Hehe..sesuai kan.
Aku : ceh..tak nak aku dengan ko.
Intan : kalau boleh cari yang lebih tua kalo sebaya memang susah la wei.banyak masalah nanti
Bee : betul.aku setuju..ko amik aku je sue
Aku : emmmmmmmmm…hehe

Dorang nasihatkan aku kalo nak cari calon cari la yang lebih tua coz kalau sebaya memang banyak masalah nanti. Bee  pun sama pendapat dengan intan. Lagi satu dorang nasihatkan jangan kahwin awal sangat. Huhu.cari dwet..beli rumah beli kereta baru pikir pasal kahwin. Ok boss.saya dengar nasihat boss.hehe

Dah penat lepak kat CC kiteorang teruskan perjalanan kiteorang hantar kat jemputan kat kawan – kawan kiteorang yang lain. 1 rumah 15 hingga 30 minit kiteorang lepak. Memang letih gila la. Kalau bukan bulan puasa memang dah lama aku minum air. Dengan cuaca yang panas terik betul-betul melemahkan aku. Aku sampai rumah pun dah nak dekat pukul 4.30. sampai-sampai rumah je aku dah kena tolong mak masak untuk berbuka. Penat.penat dan penat. Menu berbuka puasa aku macam biasa mesti ada lauk ayam dengan sambal belacan. Kalau takde memang aku takde selera la nak makan. Entah kenapa la sekarang nie aku tak boleh nak makan ikan. Kalau makan mesti nak muntah. Sungguh mengada tol tekak ko nie sue. Emmm…nak taip ape lagi ye..huhu..dah takde idea..ok la..bye2


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan