Rabu, 24 Ogos 2011

dunia blogger

Assalamualaikum

 Yeahhhh..hari nie aku ada mood nak update blog aku yang dah lama tak dijenguk. Cewwwaaaaahhhhhhh..padahal baru-baru ni ade je update post baru. Eh, raya dah nak dekat la kan. Tak sabar aku nak makan ketupat rendang nie. Hari perayaan jelah yang  dapat makan..hehe. cian kan aku.
Kejap-kejap..aku nak tanye korang satu soalan nie. Sejak bile korang mula berjinak dengan dunia blogger nie. Yelah, saja jelah aku nak jadi mamarazi nak taw.hehe.

Aku? Aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogger nie sejak aku masuk unisel. Ini semua jasa housemate aku si FIT tu la. Dia la yang kenalkan aku dengan dunia blogger nie.  Mula-mula aku memang tak minat dengan blog nie. Yelah aku nie mana la pandai sangat nak buat ayat nie. Buat ayat tunggang terbalik aku reti la..hehe. Tapi lama-lama aku tengok FIT asyik update blog die aku rasa macam best je. First time aku ingat nak wat blog nie susah tapi rupe-rupanya senang je. Nampak sangat aku buta it dulu kan.hehe.

Aku ingat lagi masa sem 3 aku dengan IFA try buat blog..sampai subuh tak tidur sebab nak mencantikkan blog. Time tu aku dengan IFA la,beriye-iye benar mengodek-godek, sampai kami berlawan blog mana yang paling maju..haha.letak pic punya la banyak,dengan lagu lagi  pastu letak glitter-glitter. Memang serabut bak kate si FIT. Yelah, mula-mula buat blog semangat ye lain macam taw. Kalau boleh 24 jam nak online nak cantikkan blog je. Kalau boleh hari- hari nak update blog,kalau tak bukak blog rasa hidup macam tak sempurna,bagaikan hari yang  tiada seri.hehe. Padahal takda benda yang menarik pun nak citer kat blog. Kalau ada pun benda nak citer,semua citer bodoh-bodoh je..ayat pendek-pendek je contoh ye macam “hari nie saya pergi kelas.bosan sangat”..pastu “tadi pergi cafe.hari-hari makan ayam,jadi jemu taw”. Boleh lak kan macam tu aku update blog . Teringat balik memang aku rasa malu sangat.hehe

Tapi itu dulu la, sekarang nak log in blogspot pun payah. Nak update post baru lagi la malas. Sampai blog bersawang-sawang pun malas nak update. Haha..nasib la  kan dapat tuan belog yang malas nak update blog.boleh lak macam tu..hehe..tapi secara jujur nak berterima kasih jugak kat FIT sebab telah memperkenalkan aku dengan dunia blogger nie. Bagi aku blog aku nie ibarat kan seperti diary, sebab aku boleh meluahkan ape saja yang terbuku dalam hati aku. Aku tak harapkan follower yang banyak tuk follow aku,sebab aku malu dan Aku cuma hanya nak bercerita pasal hidup aku je kat dalam blog aku nie. Hanya itu aje.tiada yang lain. Sekian Terima Kasih… ADIOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan