Jumaat, 19 Ogos 2011

saya menang motor


Tahniah !!!!
SUHAINA SAMSUDIN !!! Anda telah memenangi peraduan teka tepat
Anda telah mendapat hadiah utama iaitu TOPUP 10 ringgit  (muka bangga)

                                    ********
Bukak-bukak je fb aku tengok mambe aku wat peraduan teka tepat dan  menang. Soalan yang diberikan amat susah sekali. Orang yang ada PHD pun tak leh jawab  pun. Nak taw apakah soalan ye?apa maksud FAFAFO…haha..korang taw tak..mesti tak tahu kan. Hanya aku je dapat teka dengan betul taw.hehe. padahal aku saje-saje je teka.tak sangka menang. First time masuk peraduan terus menang wei( peraduan la sangat)..bertuah wei. Betul la pepatah melayu berkata “ tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia takde siapa yang tahu”. Walaupun hadiah die topup 10 ringgit je..aku bangga taw. Bukan senang nak dapat topup free.hehe

                                     ********

Ucapan pemenang utama, SUHAINA SAMSUDIN, sila berikan ucapan anda :-

 Assalamualaikum..pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu  CIK SITI FARIDAH HARUN kerana membuat peraduan ini. Saya sebenar ye tidak sangka dapat memenangi hadiah utama ini. Saya sangat terkejut dengan kemenangan ini. Memang sudah rezeki saya. Tidak dilupakan juga kepada Family saya kerana memberi semangat kepada saya untuk memasuki peraduan ini dan tidak lupa juga pada pengundi – pengundi saya. Tanpa anda semua saya tidak akan menang. Tanpa anda semua siapalah saya. Jasa kalian amat dihargai. Terima kasih semua. Sayang u all semua.

( ucapan bajet menang AKADEMI FANTASIA JEW)

2 ulasan: